‘Bvat Anak Aku Mcam Peminta Sedeka4h!’ – Cef Wan Akan Bvktikan Pemboh0ngan Shikin

Masih panas kemelut melanda cef selebriti Datuk Cef Wan dan bekas menantunya, Shikin Maembong.

Cef Wan tampil mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku selepas Shikin menafikan perkahwinannya bersama bekas suami, Cef Riz ditaja oleh Wan.

Dalam satu kemas kini di Instagramnya semalam, Cef Wan mendakwa kenyataan Shikin adalah bohong semata-mata dan dia mempunyai bukti termasuk resit mengenai tajaan berkenaan.

“Penipu! Saya tak memfitnah ‘si dungu dengan muka tak bersalahnya’ ini yang cuba menuduh saya.

“Tolong tanggalkan bulu mata palsu hodoh itu jika nak cakap pun sampai tak boleh nak angkat biji mata nak buat muka sedih macam tu!

“Macam lakonan drama dia ni,” sindirnya sinis.

Dakwa Cef Wan, dia membantu dengan menaja perkahwinan anaknya itu dengan Shikin kerana Cef Riz kurang berkemampuan ketika itu.

Malah, semua urusan majlis diuruskannya.

“Wow cepat sungguh kau lupa jasa-jasa aku kahwinkan kau orang atas hasil penat lelah aku bekerja, lepas tu mengaku secara terbuka konon diFITNAH?

“Hello ini CW la….Satu dunia tahu my generosity and kindness,” ujarnya.

Cef Wan juga menyindir sikap lupa daratan Shikin yang mahu menghantar anak ke sekolah antarabangsa, sedangkan tiada kemampuan berbuat demikian hingga.

Kredit foto: IG

“Janganlah gila nak hantar anak pergi sekolah antarabangsa, konon jika anak saya tidak mampu menanggung kos yuran mahal sampai ugut nak duit nafkah anak yang banyak dan menggunakannya sebagai sebab anak saya tidak dibenarkan bertemu cucu saya?

“Tolong jangan guna duit untuk membalas dendam,” tegas Cef Wan yang berjanji akan membuktikan apa yang dicanangkan Shikin adalah fitnah semata-mata.

Dalam hantaran berlainan, Cef Wan mendedahkan sering menghulurkan wang jika bertemu dengan bekas menantu dan cucunya, Ariana.

Malah, dia menanggung segala kos perubatan apabila Ariana dimasukkan ke hospital swasta.

Kredit foto: IG

“Tak suka keluarga g4duh pasal duit dan bapa mentua terima tempias tak boleh jumpa cucu bertahun lamanya.

“Buat anak saya macam peminta sedekah nak jumpa anak,” ujarnya terkilan.

Jangan bagi ‘tahi’, kata Cef Wan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Cari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*