“Ni baru betul betul punya….”- Buat surat kem4tian p4lsu untuk nikah lain

Jakarta: Demi menikahi gadis impiannya, seorang lelaki di Luwu Utara, Sulawesi Selatan, Indonesia, sanggup membuat surat kem4tian palsu isterinya.

Dengan menggunakan surat kem4tian palsu itu, ia membolehkan lelaki terbabit berkahwin dengan gadis berusia 19 tahun berkenaan.

Bagaimanapun, pernikahan itu terb0ngkar selepas ia diketahui isteri pertamanya.

Pasangan itu sudah bernikah sejak 10 tahun lalu dan masih sah suami isteri, namun lelaki terbabit bernikah tanpa pengetahuan isteri pertama.

Ketua Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak Polis Luwu Utara, Aipda Yuliany berkata, surat kem4tian palsu itu dibuat pada November 2021.

Beliau berkata, surat itu digunakan sebagai pengesahan lelaki itu berstatus duda dan membolehkan dia berkahwin kali kedua.

“Suspek lelaki sebelum ini tinggal bersama isterinya di Maluku, namun pulang ke kampung di Desa Bone Subur.

“Dia kemudian menukar kad pengenalan keluarga tanpa pengetahuan isterinya.

“Dalam tempoh enam bulan, suspek tidak pulang ke Maluku, sebelum isterinya mendapat maklumat mengenai pernikahan keduanya,” katanya seperti dilaporkan portal Kompas.

Menerusi maklumat yang diterima, polis berusaha menjejaki suspek lelaki bersama isteri baharunya.

Namun, pasangan itu dikatakan sudah meninggalkan kampung berkenaan tanpa diketahui lokasi terkini mereka.

 

Sumber: HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*