PM Umum Malaysia masuk Fasa Peralihan Endemik C0V1D. Ini tarikh dan apa yang rakyat perlu ikut

KUALA LUMPUR: Negara akan memasuki Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, ia adalah fasa peralihan untuk negara kembali kepada kehidupan normal selepas rakyat bergelut dengan pandemik cov1d-19 sejak dua tahun lalu.

“Fasa ini adalah fasa sementara sebelum negara ke fasa endemik (sepenuhnya) yang mana ia tertakluk kepada pengumuman Pertubuhan k3sihatan Sedunia (WHO),” katanya pada sidang media di Parlimen petang ini.

Ismail Sabri berkata, walaupun memasuki fasa endemik bermula 1 April ini, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di tempat awam.

3 perkara asas sandaran pembukaan semula sempadan negara

Katanya, bagaimanapun, had operasi bagi premis perniagaan dimansuhkan, sebaliknya dibenarkan beroperasi mengikut syarat lesen masing-masing.

Negara masuk fasa peralihan endemik mula 1 April

Bermula 1 April, pemakaian penutup muka masih wajib, pendaftaran Mysejahtera masih diwajib, had waktu operasi bagi premis dimansuh.

Tiada lagi had kapasiti 50 peratus. Namun, penjarakan fizikal sangat penting dan masih digalakkan.

Sempadan negara dibuka semula pada 1 April.

Had waktu operasi premis perniagaan dimansuhkan bermula 1 April.

Had kapasiti 50 peratus untuk aktiviti perkumpulan ramai dimansuhkan.

Mulai 1 April solat jemaah di masjid/surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://trendingsangat.pw/ 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*