2 Jejaka Ini Rupanya Tulang Belakang Ruhainies Dalam Industri Seni

Siapa tidak mengenali pelakon kecil molek yang cantik dan berbakat besar, Ruhainies atau lebih mesra di sapa Anis ini boleh dikatakan setiap watak yang di bawa oleh aktres muda ini pasti mendapat pujian ramai.

Melihat perjalanan kerjaya seni pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas ini, pasti ada yang tertanya-tanya siapakah penyokong setia selebriti jelita ini bukan?

Kawan Baik Tulang Belakang Anis

Mengintip media sosial bintang drama popular Cukup Derita Itu dan Sayang Tak Dikenang ini, Ruhainies mendedahkan bahawa dua rakan baiknya yang dikenali sebagai Fyzal Babjan dan Zahar Bubu adalah tulang belakang dan penyokong setianya semenjak berkecimpung dalam industri seni.

“Terima kasih untuk hari ni sayang, @zaharzbubu @fyzalbabjan_

Saya sayang dua-dua, terima kasih kerana sentiasa ada untuk saya. Dia orang ni sentiasa ada untuk saya dari hari pertama Anis dalam industri seni.

Tulang belakang saya, penyokong saya dan dua-dua ni pernah jaga Anis. Terima kasih jaga Anis dengan baik sebelum ni Fyzal! Dan terima kasih Zahar sebab tak pernah penat melayan Anis.

Haha. 7 years and counting! Tunggu duit raya saya okay! Sayang dua-dua!” ucapnya

via Instagram Ruhainies

Melihat hantaran Ruhainies di Insta Stories tersebut, Fyzal dan Zahar masing-masing membalas dengan kapsyen ringkas di media sosial mereka.

“Sayang kamu selamanya” – Zahar

“Sayang kamu Anis” – Fyzal

via Instagram Ruhainies

Untuk rekod, Ruhainies meluangkan masa iftar bersama dua kawan baiknya itu di Hotel Ritz Carlton Kuala Lumpur semalam.

Apa pun semoga persahabatan berkekalan!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*