Anak bongsu setia jaga ibu bapa sampai hujung usia, tingg4l kerjaya demi kasih hingga ke syurga… Bakal tunang setia di sisi

ALANGKAH bertuahnya ibu bapa jika mempunyai anak yang sanggup berhenti kerja dan pulang ke kampung halaman untuk berbakti ketika mereka sedang s4kit.

Mungkin bagi sesetengah individu, agak sukar untuk melepaskan kerjaya demi ibu bapa, tetapi tidak bagi seorang pemuda ini.

Bukan untuk sebulan dua sebaliknya dia mengambil keputusan untuk terus pulang ke kampung halaman bagi menjaga bapanya yang terlantar akibat diserang str0k sehinggalah insan kesayangannya menghembuskan nafas ter4khir, tanggal 1 Ramadan lalu.

Video wajahnya yang muram dan sugul ketika menghantar arw4h bapa ke ‘destinasi terakhir’ sebagaimana yang dikongsikan di media sosial, nyata turut meruntun jiwa netizen.

Berkongsi cerita dengan mStar, Siti Noorfatihah Muslim berkata, pemuda dalam video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya adalah bakal tunangnya, Abdul Aliff Abdullah.

“Video tersebut dirakam ketika hari pengebum1an arw4h bapanya pada 1 Ramadan lalu. Aliff adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan satu-satunya anak lelaki. Jadi dia merasakan tanggungjawab terhadap ibu bapa terpikul pada bahunya.

“Sebenarnya dia menjaga ayahnya sejak arw4h j4tuh s4kit tahun lalu. Ketika itu dia kerja sebagai juru elektrik untuk sebuah syarikat di Ajil. Memandangkan kebetulan kontraknya tamat, dia terus ambil keputusan pulang ke kampung di Pulau Duyong, Terengganu.

“Sepanjang menjaga arw4h, semua dia buat daripada A hingga Z. Dua kakaknya sudah berkahwin, manakala ibunya juga sudah men1ngg4l dunia kira-kira lima tahun lalu,” ujarnya.

jaga ayah 1

Aliff sanggup menolak tawaran pekerjaan kerana mahu menjaga ayahnya yang terlantar akibat str0k.

Senang disapa sebagai Fatihah, wanita berusia 24 tahun ini berkata bakal tunangnya tidak sanggup untuk men1ngg4lkan bapanya terlantar keseorangan di rumah s3kiranya dia mahu keluar mencari kerja.

“Justeru, dia hanya ambil upah gunting rambut orang kampung dan orang terdekat. Itupun di atas tangga di rumahnya, sebab dia tak mahu tinggalkan bapanya keseorangan.

“Dalam tempoh itu juga, dia menerima tawaran untuk menyambung kembali kontrak sebagai juru elektrik di syarikat sama namun dia menolak sebab mahu tumpukan perhatian menjaga ayah.

“Kalau dia nak jumpa kawan-kawan atau bersukan, dia akan pastikan lampin bapanya ditukar terlebih dahulu, sudah bersih dan sudah makan. Paling lama dia akan keluar pun dua jam.

arwah

Gambar kenangan arw4h ibu dan bapa Aliff.

“Kami sendiri pun jarang bertemu kecuali apabila ada hal tertentu dia minta bantuan untuk hantarkan ayahnya ke hospital. Saya sangat memahami situasinya… tapi sesibuk mana pun, dia tetap luangkan masa untuk hubungi saya walau seminit,” katanya yang bekerja sebagai penasihat jualan Proton di Kuala Terengganu.

Bercerita lebih lanjut, Fatihah berkata bakal tunangnya sebelum ini turut melakukan perkara yang sama ketika arw4h ibunya terl4ntar s4kit buah pinggang..

“Dia la yang melakukan semua tugas menjaga arw4h ibu dan berulang alik dari kampus ke rumah sebab ketika itu dia masih menyambung pengajian peringkat diploma.

“Sebelum ‘pergi’, ibunya berpesan supaya jaga ayah elok-elok. Sebab itu apabila arw4h ayahnya s4kit tahun lalu, dia sanggup balik kampung sebab berpegang kepada kata-kata arw4h ibunya,” cerita Fatihah.

Pernah juga dia tanya, kenapa saya tak pergi cari lelaki lain yang lebih stabil, yang boleh luangkan masa selalu.

SITI NOORFATIHAH MUSLIM

Sebagai salah seorang insan yang rapat dengan bakal tunangnya, Fatihah menyifatkan lelaki tersebut sebagai anak yang bertanggungjawab dan diibaratkan ‘satu dalam sejuta’.

“Saya dah lama berkawan dengannya, saya melihat sendiri pengorb4nannya sebagai seorang anak dan menyaksikan bagaimana dia menghadapi saat ‘down’ apabila hil4ng dua insan tersayang.

“Dia selalu juga meluahkan rasa kenapa begitu hebat diuji. Dia pernah kata, kawan-kawan sebaya semua dah berkerjaya dan berkeluarga sedangkan dia jauh ketinggalan sedangkan usia dah 29 tahun.

“Pernah juga dia tanya, kenapa saya tak pergi cari lelaki lain yang lebih stabil, yang boleh luangkan masa selalu. Tapi saya jawab, duit boleh cari, tapi insan yang hatinya tulus sukar dicari.

tehah

Fatihah sentiasa berada di sisi dan memberikan semangat kepada Aliff selepas kedua-dua ibu bapa lelaki itu men1ngg4l dunia.

“Jadi apabila dia down, saya hanya mampu suruh dia berdoa, bersolat dan kongsi video-video motivasi mengenai betapa besar g4nj4ran menjaga ibu bapa,” ceritanya.

Tidak menyangka perkongsian video di aplikasi TikTok meraih sehingga melebihi 248,000 jumlah tontonan, Fatihah berkata dia s3kadar mahu mengabadikannya sebagai kenangan.

“Selain itu, mesej yang saya cuba sampaikan adalah betapa besarnya g4nj4ran seseorang yang berbakti kepada orang tua. Alhamdulillah, terlalu ramai yang mendoakan dan beri kata-kata semangat untuk Aliff.

“Dia pun terharu apabila membaca komen netizen yang doakannya. Aliff kini masih ambil upah gunting rambut sambil sedang menunggu jawapan untuk temuduga menyertai pasukan bomba. Mungkin asbab doa-doa ini, mana tahu rezekinya sem4kin dipermudahkan.

“Kepada yang lain, ambillah peluang jaga mak ayah selagi diberikan kesempatan masa,” akhirinya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*