“Buat malu geng p4ku” Pegawai PoIis yg Buat Live TikTok Masa Operasi Akhirnya Terima Pad4h Apabila Dikec4m Netizen

Umum mengetahui bahawa setiap tugas-tugas badan kerajaan adalah satu rahsia jika melibatkan urusan rasmi. Lebih-lebih lagi jika tugas tersebut merangkumi badan beruniform yang bertindak membanteras salah laku serta jen4yah.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Namun begitu, sejak kebelakangan ini kerap tular mengenai tindakan sesetengah anggota badan beruniform yang dilihat kurang sesuai kerana memuat naik video ketika sedang bertugas menggunakan akaun media sosial peribadi.

Hal ini samalah seperti posting yang dikongsikan oleh satu akaun Twitter apabila memuat naik kembali rakaman live di TikTok seorang anggota polis wanita yang dikatakan mempunyai pangkat.

Dalam pada itu, anggota tersebut juga sempat mengajak netizen yang menonton live berkenaan untuk mengikutinya di TikTok agar follower terus meningkat.

  Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen telah men1ngg4lkan komen dengan bertanya semula sama ada memang boleh ataupun tidak ‘bersosial media’ ketika sedang bertugas.

Mereka juga mengecam tindakan berkenaan kerana merasakan etika dalam bekerja seakan dil4ngg4r memandangkan live tersebut dibuat menggunakan akaun media sosial peribadi dan bukan untuk tujuan bekerja.

Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang penjelasan daripada pihak anggota polis tersebut kerana media sosialnya tidak membuat sebarang hantaran lagi.

Tindakan itu juga tidak dapat dipastikan sama ada tidak boleh atau sudah ada kelonggaran kepada semua anggota pihak berkuasa dalam menggunakan media sosial ketika sedang bertugas.

Tonton video:

Sumber: Twiter @Tsgxy_

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*