Ibu tak mampu bayar, batal pesanan kurung Kedah untuk anak… Tapi ‘seller’ murah hati, kirim baju free siap tambah benda lain lagi

ANGKARA janji manis kawan, hasrat seorang wanita yang mahu membelikan baju raya baharu untuk anaknya terpaksa dibatalkan.

Malah, rakannya itu seolah-olah cuba ‘melarikan diri’ dan terkini berjanji hanya akan membayar hutang selepas menerima duit pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menceritakan situasi tersebut, peniaga pakaian dan aksesori kanak-kanak Siti Rohaya Zainol memberitahu, perkara itu berlaku kepada salah seorang pelanggannya yang membuat pesanan menerusi e-dagang @babyshop pada 20 April lalu.

Ujarnya, wanita terbabit membuat tempahan baju kurung Kedah bagi kanak-kanak beserta headband yang akan dibayar secara tunai semasa terima (COD), namun hasratnya terpaksa dibatalkan kerana rakan menangguh bayaran hutang.

Babyshop menawarkan pakaian kanak-kanak.

Babyshop menawarkan pakaian kanak-kanak.

“Saya sudah proses pesanan dia dan akan buat pengeposan pada 22 April. Tiba-tiba dia buat cancelation selepas dapat notis yang barang akan dipos penjual.

“Disebabkan itu saya mesej dia dan bertanya adakah betul dia mahu batalkan pesanan. Tapi masa tu dia tidak balas, jadi saya terus proceed dengan pembatalan tempahan sambil hantar gambar barangan yang sudah dibungkus… takut dia tiba-tiba ubah fikiran.

“Esoknya dia balas mesej minta maaf sebab batalkan pesanan tu kerana tidak ada duit nak bayar. Dia takut apabila barang sampai duit tidak ada untuk bayar. Dia ada beritahu kawan dia janji nak bayar hutang tapi sampai sudah membisu dan akhir s3kali kawan dia beritahu tunggu duit KWSP,” ceritanya.

Rohaya mengeposkan pesanan baju yang telah dibatalkan.

Rohaya mengeposkan pesanan baju yang telah dibatalkan.

Tersentuh dengan jawapan yang diberikan pelanggan berkenaan, tanpa berfikir panjang wanita berusia 36 tahun itu tetap mengirimkan pakaian yang ingin dibeli dengan niat untuk bersedekah.

Tambahan pula pakaian itu membolehkan anak kepada wanita tersebut merasai suasana raya dengan memakai pakaian baharu.

“Jadi pada hari Sabtu (23 April) pukul 2.30 petang saya pos baju berkenaan dan tambah sepasang lagi baju jenis peplum berwarna merah jambu. Pada masa tu saya memang tidak sempat untuk maklum kepada dia, dan terus buat pengeposan sahaja.

Antara pakaian yang ada di babyshop.

Antara pakaian yang ada di babyshop.

“Selepas buat penghantaran, saya terus ke Kedah kerana ada urusan yang perlu dilakukan dan keesokan harinya barulah saya sempat memaklumkan dia tentang pengeposan berkenaan.

“Saya beritahu dia yang baju itu boleh dipakai anak dia semasa raya nanti dan dia nyatakan rasa terharu serta sed1h kerana tahun ini hanya dapat beraya bersama anak-anak kerana masalah keluarga,” jelasnya sambil menyatakan tidak mahu bertanya lanjut tentang hal rumah tangga wanita terbabit.

Dia balas mesej minta maaf sebab batalkan pesanan tu kerana tidak ada duit nak bayar.

SITI ROHAYA

Tambah Rohaya yang berasal dari Bandar Chanis Muadzam Shah di Pahang, pelanggannya juga turut mengirimkan beberapa gambar anaknya memakai pakaian yang telah diterima itu.

Katanya yang baharu memulakan perniagaan secara atas talian pada 2020, perkongsiannya itu bukan untuk meraih simpati atau perhatian daripada warganet sebaliknya kerana rasa sed1h dengan situasi yang menimpa pelangganya itu.

“Selalunya pelanggan yang batal pesanan sebab takut pesanan tidak sampai sebelum tarikh yang diingini… dia ni lain, dia batalkan sebab bimbang tidak ada duit nak bayar.

Rohaya sering ke tapak pembinaan di Labis, Johor.

Rohaya sering ke tapak pembinaan di Labis, Johor.

“Lagipun dah dekat raya. Alang-alang ada stok baju, saya terus pos kat dia dan memang niat nak sedekah sebab dia cakap teringin nak beli tapi tidak ada duit.

“Semasa dia maklum tidak ada duit tu, saya pun tidak fikir banyak kerana bukan semua orang mampu membeli pada masa ini. Lagipun anak dia yang nak raya dan dia cakap kawan berhutang tapi tak bayar.

“Saya juga dah minta izin wanita terbabit untuk kongsikan gambar anak dia pakai baju di Facebook kerana saya tiada model kanak-kanak dan anak dia comel,” ujarnya yang turut memahami situasi dialami kerana mempunyai rakan yang liat nak bayar hutang.

Ayah dan anak buahnya semasa sambutan hari lahir.

Ayah dan anak buahnya semasa sambutan hari lahir.

Tambahnya yang bekerja sebagai pengurus pembinaan di sebuah syarikat yang berpangkalan di Melaka, perniagaan secara atas talian itu hanyalah kerja sambilannya di samping membantu kakaknya menambah sumber pendapatan.

Perkongsian yang dimuat naik di laman TikTok menjadi tular kerana meruntun jiwa warganet.

Rata-ratanya menyatakan sebak dan sed1h selain turut mendoakan supaya dia sentiasa dimewahkan rezeki kerana niat yang baik itu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*