Pemilik Tiktok Tayang Kurniaan Istana, Sekali Permaisuri Johor Komen Buat Dia Kecut Perut

JOHOR BAHRU – Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah sebarang kurniaan dari Istana Johor tidak sepatutnya disalah gunakan untuk meraih populariti di media sosial.

Raja Zarith bertitah demikian merujuk kepada pemilik akaun bernama ‘Shafeqyahya’ di TikTok yang telah menayang beberapa hadiah kurniaan dari Istana Bukit Serene, di sini.

Titah Raja Zarith, Baginda tidak mengenali individu pemilik akaun tersebut.

Pemilik akaun TikTok bernama syafeqyahya memuat naik kandungan berhubung kurniaan Istana Johor sehingga menarik perhatian Permaisuri Johor.

“Saya tahu hadiah-hadiah itu dan ia sebenarnya hadiah kurniaan kepada sesetengah pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Johor sebagai penghargaan ikhlas diatas perkhidmatan mereka.

“Saya tidak mengenali siapa ‘Shafeqyahya’ ini dan saya mengesyaki hadiah-hadiah itu disalah gunakan untuk meraih ikutan dan populariti di media sosial, seolah-olah mempunyai hubungan yang rapat dengan Keluarga DiRaja Johor,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO) hari ini.

Titahnya lagi, satu laporan polis akan dibuat untuk menyiasat sama ada wujudnya elemen salah guna ataupun menyamar sebagai pegawai kerajaan Johor.

Reaksi netizan

“Tuanku permaisuri Johor pun dah minta polis buat siasatan. Sikit2 nak buat content tiktok. Rasanya kurniaan utk pegawai kerajaan ni limited. mungkin yg ambik k3sempatan nk tayang2 ni kawan2 or ahli keluarga.” komen netizan

kredit: KOSMO! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :  http://limauasamboi.pw/ 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*