“Pemilihan Calon Mak Baru Kini Dibuka”- Sharnaaz Ahmad Bakal Berkahwin Semula?

‘Kasih Ibu Selamanya’ adalah tema sambutan Hari Ibu pada tahun 2022 bagi menghargai wanita terpenting dalam kehidupan setiap insan. Pelakon, Sharnaaz Ahmad turut tidak ketinggalan memberikan ucapan istimewa buat bekas isterinya, Noor Nabila yang merupakan ibu kepada anak lelaki mereka, Jebat Jayden Ahmad.

Titip Ucap Hari Ibu Buat Nabila

Menerusi hantaran di Instagram, Sharnaaz menitipkan ucapan hari ibu buat Nabila malah turut berterima kasih kerana menjadi ibu yang hebat buat Jebat.

“Happy mothers day to Mummy @noornabila…Terima kasih menjadi super mummy dan angry mummy kepada Jebat Jayden Ahmad.

Jebat ada mummy yang sangat penyayang cuma akan bertukar menjadi raksasa yang gan4s kalau Jebat buat perangai pak dia “- Sharnaaz Ahmad

Foto via Instagram Sharnaaz Ahmad

“Pemilihan Calon Mak Baru Kini Dibuka”

 Foto via Instagram Sharnaaz Ahmad

Tambahnya lagi, Sharnaaz turut berseloroh mengenai dirinya yang kini sudah membuka pemilihan calon isteri yang baru.

“Pemilihan calon mak baru kini dibuka. Sila bertenang.”- Sharnaaz Ahmad

Netizen & Rakan Artis Luah Rasa Teruja

Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis meluahkan rasa teruja dengan kapsyen Sharnaaz malah ada yang mendoakan agar Sharnaaz cepat bertemu jodoh.

“Ayat last pun.”-Elizad Sharifuddin

“Pilih orang Penang pulak. Senang nak balik kampung makan nasi kandar.”

“Nahh 🔥🔥🔥🔥 untuk caption last. Semoga cepat bertemu jodoh.”

“Lawak @sharnaazahmad.. Terbaik ucapan..”

via Instagram Sharnaaz Ahmad

s3kadar info, Sharnaaz dan Nabila pernah berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor. Namun mereka telah berpisah pada 9 Julai 2020.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Murai my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*