PU Syed sokong Janna Nick bina pusat tahfiz, pesan netizen jangan nilai halal dan har4m rezeki artis

NIAT baik pelakon Janna Nick untuk membina sebuah pusat tahfiz dan anak yatim mengundang pertikaian dalam kalangan netizen.

Mereka mempertikaikan sama ada boleh atau tidak Janna meneruskan niatnya itu dengan menggunakan duit hasil titik peluhnya sebagai anak seni.

Menjawab persoalan tersebut, pendakwah bebas PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 40, berkata bahawa manusia tidak berhak menilai tentang halal dan haram pendapatan seseorang.

Malah, PU Syed menyokong tindakan aktres itu dalam melakukan amal kebajikan sebegini.

janna nick 1Janna masih mengumpul dana untuk pembinaan tahfiz.

“Pertamanya kita patut bersyukur golongan artis mula sedar untuk membuka tempat pengajian al-Quran. Nabi Muhammad SAW ada menyebut sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar dan mengajar al-Quran. Orang yang membina tempat juga termasuk dalam golongan tersebut.

“Asasnya dia buat kerana Allah dan bukan untuk mendapat nama. Dia juga membuka peluang kepada masyarakat untuk menyumbang dan mengumpul pahala.

“Bukan bidang kita untuk mempertikaikan hasil kerja dia. Niat dia hendak buat perkara itu sangat baik dan kita harus beri sokongan. Semoga niat tersebut akan mengubah hidup dia dan juga sahabat-sahabat yang lain,” katanya kepada mStar.

Kita kini hidup dalam masyarakat netizen yang mudah mengeluarkan fatwa tanpa ilmu

PU SYED

PENDAKWAH BEBAS

Terdahulu, Janna, 27, berkongsi satu hantaran di laman Instagram miliknya bertanya pendapat orang ramai adakah duit hasil kerjanya selama ini adalah satu sumber yang haram.

Sebelum ini, Janna meluahkan hasrat untuk membina sebuah pusat tahfiz yang diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.

Melihat kepada komen-komen negatif terhadap usaha tersebut, PU Syed berharap agar netizen bertenang dan bersikap lebih matang.

“Kita kini hidup dalam masyarakat netizen yang mudah mengeluarkan fatwa tanpa ilmu. Orang hanya menilai daripada latar belakang seseorang itu dan boleh bercakap apa sahaja daripada sudut zahir.

janna1

Janna bertanya pendapat ramai tentang sumber pendapatan sebagai artis.

“Mungkin perbuatan Janna ini untuk berhijrah dan dia sebagai seorang public figure boleh menarik ramai lagi orang untuk melakukan perbuatan yang sama.

“Kepada netizen… bawalah bertenang. Kalau benda buruk nak kec4m, takkanlah perkara baik begini pun nak kec4m juga.

“Kita kena berfikiran matang. Apa yang dia nak lakukan adalah perkara halal. Melahirkan orang-orang yang menghafal al-Quran itu adalah besar g4nj4rannya,” jelasnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*