“Cantik Nama Baby Secantik Mamanya” -Fasha Kongsi Nama Anak Sulung Elisya Sandha

Pelakon Elisya Sandha, 23, yang juga isteri kepada anak pengarah Sheila Rusly, Uzair Haqimy, 26, selamat bersalin bayi perempuan pada jam 8.40 pagi di sebuah hospital swasta pada 18 Jun 2022.

Sheila, 51, mengucap syukur dan sangat teruja menimang cucu dan menerima ahli baharu dalam keluarganya itu.

Sheila Rusly  berkongsi gambar tangan cucu pertamanya di Instagram dengan mengucapkan rasa syukur je hadrat Ilahi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures)

Sejak semalam, keluarga pengarah dan juga pelakon, Sheila Rusly serta Jinggo Azman diselubungi rasa gembira apabila menantu sulung mereka, Elisya Sandha selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

Aktres cantik tersebut telah bersalin di salah sebuah hospital swasta dan berada dalam keadaan sihat.

Selain keluarga Uzair Haqimy yang berkongsi khabar gembira itu, kakak kepada Elisya yang juga pelakon terkenal, Fasha Sandha turut meluahkan rasa syukur atas kehadiran orang baru dalam keluarga besar mereka.

Dalam muat naiknya di Instagram, Fasha sempat mendedahkan nama bayi sulung Elisya iaitu Bunga El Haq.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Lebih menggembirakan lagi, suami kepada Elisya yang juga anak pertama pasangan pengarah tersohor , Uzair Haqimy telah menimang cahaya mata sehari sebelum sambutan hari bapa.

Sudah tentu ia adalah momen yang sangat istimewa lebih-lebih lagi menjadi seorang bapa kepada anak sulungnya.

Semoga kelahiran Bunga El Haq menjadikan hubungan ahli keluarga yang sudah rapat ini semakin akrab dan penuh kasih sayang.

Tahniah buat Elisya dan suami serta selamat berpantang!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Instagram Sheila Rusly, Fasha Sandha, Jinggo Azman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*