Siswa UPSI Meluahkan Rasa Bers4lah Terhadap Melly Goeslow. Tak Sangka Ini Yang Terjadi

GELAGAT graduan gemvruh di atas pentas konvokesyen mungkin dianggap perkara biasa.

Namun, situasi berbeza berlaku pada seorang pemuda yang terpaksa meneb4lkan muka apabila tersalah lirik semasa membuat persembahan selingan di majlis graduasi sebuah universiti.

“Cinta itu membuang masa,” sebut pemuda itu ketika menyampaikan lagu Ada Apa Dengan Cinta yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Melly Goeslaw dan Eric Erlangga.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Berkongsi cerita kepada mStar, pemuda berkenaan, Nuhammad Zulfeka Nasrun memberitahu, ins1den mem4lukan itu berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak pada Sabtu lalu sempena hari pertama Istiadat Konvokesyen kali ke-23.

Anak muda berusia 21 tahun itu berkata, dia bersama seorang rakan daripada Fakulti Muzik dan Seni Persembahan membuat persembahan selingan ketika konvokesyen yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor.

“Sebenarnya sudah dua hari saya s4kit tek4k. Masa hari kejadian, saya memang takvt tak dapat nyanyi sebab suara bunyi macam s4kit dan lagu tu pula ada part kena nyanyi nada tinggi.

“Saya bertambah nervous apabila nyanyi depan Tuanku Zara Salim, Raja Permaisuri Perak yang berkenan hadir menyempurnakan penganugerahan pada sesi pertama majlis istiadat.

“Apabila fikiran bercel4ru dengan gemurvhnya, saya tiba-tiba tak ingat lirik lagu tapi meneruskan persembahan sehingga selesai,” katanya ketika dihubungi mStar.

Zul meminati bidang nyanyian.

Menyanyi diiringi orkestra, pemuda yang mesra disapa Zul itu hanya menyedari ters4lah lirik selepas ditegvr rakan duetnya sejurus selesai persembahan.

Jelasnya, lirik tersebut sepatutnya berbunyi ‘Cinta itu kita yang rasa’, tetapi dinyanyikan sebagai ‘Cinta itu membvang masa’.

“Saya tengok semula playback video persembahan selepas ditegvr rakan duet. Sah! Saya salah lirik. Masa tu tengok beramai-ramai dengan rakan-rakan lain, mereka gelakkan saya.

“Lagu tu sebenarnya untuk orang bercinta, tapi saya tukar habis 360 darjah macam lagu orang putvs cinta. Ada rakan p3rli cakap saya ni heart broken ke,” ujar pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik di UPSI.

Zul (kanan) meraih tempat ketiga dalam pertandingan Idola Kecil 5.

Men4fikan dia putvs cinta, pemuda dari Gombak, Selangor yang juga masih bujang itu menganggap ia berpunca daripada rasa gemvruh ketika melakukan persembahan di pentas.

“Ini bukan kali pertama saya membuat persembahan selingan di majlis konvokesyen, masuk kali ketiga. Apabila risau tak dapat perform dengan baik sebab s4kit tek4k, Tuanku pula tengok saya menyanyi… jadi inilah yang berlaku, tersalah lirik.

Lagu tu sebenarnya untuk orang bercinta, tapi saya tukar habis 360 darjah

NUHAMMAD ZULFEKA

“Saya rasa bersalah sangat kepada Tuanku, dan sudah tentu juga kepada Melly Goeslaw yang mencipta lagu dan menyanyikan lagu Ada Apa Dengan Cinta,” katanya.

Minat menyanyi sejak usia lima tahun, anak kelima daripada enam beradik itu pernah menyertai banyak pertandingan nyanyian hingga menjadi finalis program Bintang Kecil anjuran RTM pada 2009 dan menduduki tempat ketiga bagi program Idola Kecil 5 anjuran TV9 pada 2012.

Zul (kanan) bersama Akim Ahmad selepas menjadi juara mingguan ICSYVMY 3.

Zul juga menjadi pemenang mingguan bagi program realiti TV3 iaitu I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim ketiga dan berduet dengan penyanyi Akim Ahmad.

Menjadikan bidang nyanyian sebagai hobi dan mahu bergelar guru muzik, peminat Aina Abdul dan Ernie Zakri itu menyifatkan ins1den tersilap lirik mengajarnya untuk lebih bersedia berhadapan dalam keadaan yang tidak menentu pada masa akan datang.

Antara trofi kemenangan yang diraih Zul dalam pertandingan nyanyian.

“Walaupun tak ramai yang sedar saya tersalah lirik tapi jika diberi peluang, saya mahu menyanyikan semula lagu ini di majlis sama bagi menebvskan kesilapan.

“Rasa bersalah sangat dengan Melly Goeslaw. Apapun, semuanya bergantung kepada pensyarah dan pihak pengurusan,” kata Zul yang akan membuat persembahan selingan sehingga selesai Istiadat Konvokesyen UPSI kali ke-23 pada 25 Jun.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*