Ainul sihat hari ini. Baru lepas mandi

“Ainul sihat hari ini. Baru lepas mandi,” tulisnya ringkas sambil disertakan sekeping gambar Ainul Mardiah bersama ibunya, Nurul Erwani Zaidi.

AINUL Mardhiah Ahmad Safiuddin, bayi perempuan menghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’, yang kini menerima rawatan di London dilaporkan sihat.

Berita itu dikongsi bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

“Ainul sihat hari ini. Baru lepas mandi,” tulisnya ringkas sambil disertakan sekeping gambar Ainul Mardiah bersama ibunya, Nurul Erwani Zaidi.

Khamis lalu, Ainul Mardhiah yang berusia sembilan bulan berlepas ke London untuk menjalani pembedahan terhadap kanser mulut yang dihidapinya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Dr Nur Amalina Che Bakri, doktor pakar pelatih surgikal warga Malaysia yang bertugas di hospital United Kingdom, bersama sekumpulan pakar pelbagai bidang, bersedia membuat pembedahan terhadap bayi berusia sembilan bulan itu.

Beberapa doktor pakar dijangka melawat dan membuat penilaian ke atas Ainul Mardhiah minggu ini.

Doktor dalam kalangan pakar onkologi pediatrik akan berbincang bagi mencari jalan terbaik merawat bayi itu.

Ainul Mardhiah yang lahir pada 13 Ogos lalu dilahirkan sebagai bayi pramatang atau tidak cukup bulan.

Sejurus selepas dilahirkan, Ainul Mardhiah terus dihantar ke Wad Kecemasan kerana doktor mendapati ada ketumbuhan di mulutnya.

Sejak itu, Ainul Mardhiah sudah menjalani pembedahan seawal usia 10 hari dan selepas 3 bulan pembedahan itu, ketumbuhan itu keluar sekali lagi dan doktor mengesahkan ketumbuhan itu adalah kanser.

Selain itu, Ainul Mardhiah disarankan menjalani rawatan kimoterapi seawal usia 4 bulan dengan berat hanya 2.2 kilogram.

sumber : HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*