“Aku Orang Terakhir Jadi ‘Along’ Tak Sangka Rupanya Disebalik Maskot Along Adalah Beto Kusyairy

Mengimbau kembali zaman kanak-kanak sekitar tahun 80-an hingga 90-an, pasti masih segar dalam ingatan siri televisyen yang bertajuk A.L.O.N.G, memaparkan watak tiga maskot kucing iaitu Along sebagai watak utama, Angah dan Acik.

Siapa sangka, di sebalik maskot kucing, Along, dengan gelagat yang menghiburkan, rupanya kini adalah seorang aktor hebat tanah air, Beto Kusyairy yang disegani ramai.

Beto Kusyairy atau nama sebenarnya, Nurkusyairy Zakuan bin Osman memulakan karier seni pada tahun 2001, merupakan antara penggerak utama rancangan kesukaan kanak-kanak itu.

Tugas aku untuk menceriakan kanak2… Bermula sebagai maskot, perjalanan seninya kemudiannya berkembang menjadi antara aktor tempatan yang dikagumi kerana mutu dan kualiti lakonannya yang tersendiri.

Namun, baru-baru ini pelakon filem CEO itu telah memuat naik di Instagram foto lamanya semasa menjadi maskot Along suatu ketika dahulu, sambil mengenang kembali antara momen sewaktu menjayakan rancangan tersebut.

Antara kapsyen yang ditulis Beto Kusyairy dalam laman instagram nya

“Kali terakhir aku menyarung maskot adalah pada 2004. Tugas aku adalah untuk menceriakan kanak-kanak sambil berkongsi ilmu matematik di kaca tv serta di atas pentas untuk acara anjuran PNB & aku adalah orang terakhir yang menyarung maskot lejen ini menggantikan mereka yang terdahulu.”

“3 atau 4 musim jugaklah sebelum rancangan kanak-kanak ini ditamatkan siarannya. 15 tahun kemudian, sekali lagi dipertanggungjawabkan untuk menyarung ‘seekor’ lagi. Kali ini lebih berat tuntutannya. InsyaAllah akan bersiaran genap sebulan lagi di TV2 iaitu pada tanggal 14 Jun ini. Nantikan telemovie #Sesekali ..sempena #HariBapa.”

Orang yang terakhir jadi ‘Along’. Menurut Beto, dia merupakan orang yang terakhir diamanahkan untuk menyarungkan maskot Along, sebelum rancangan tersebut ditamatkan siaran pada tahun pada 2004.

Kembali sarung lagi ‘sekor’. Selepas 15 tahun tidak terlibat dalam menjadi maskot, dalam telemovienya yang terbaru sempena hari bapa, Beto berkata dia sekali dipertanggungjawabkan untuk menyarungkan kembali maskot dengan tuntutan watak yang lebih mencabar.

Terima kasih ceriakan zaman kanak2 kami. Rata-rata pengikutnya yang lahir pada tahun 90-an dan 80-an berasa teruja setelah melihat foto yang dimuat naik Beto itu bagaikan mengimbau kembali nostalgia zaman kanak-kanak mereka.

Tidak sangka ada pelakon hebat disebalik maskot

Seorang yang aku kagum sejak dulu lagi…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber : Beto Kusyairy, OMM via CokelatPutih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*