Siapa tidak terkejut…baru tengah malam tadi suami pulang ke rumah di Kuantan, Pahang.

“Siapa tidak terkejut…baru tengah malam tadi suami pulang ke rumah di Kuantan, Pahang dengan kelam-kabut. Dia hanya sempat mandi dan keluar dari rumah kerana mahu menyambung tugas.

“SUAMI maklumkan itu tugasan terakhirnya sebelum cuti raya. Tidak sangka dia pergi ketika Aidilfitri hampir tiba,” luah Rohaslina Mohd Zarawi, 25, isteri Zuhairy Zainol, 32, yang maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Ulu Tebrau ke Felda Ulu Tebrau di sini.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi semalam, treler membawa tangki simen dipandu Zuhairy terbakar sejurus terbabas dan terhumban ke dalam gaung di lokasi kejadian.

Turut terkorban, adiknya, Muhammad Afiq Zainol, 19, dan seorang lagi kelindan, Muhammad Afandey Ahmad, 20 yang tercampak keluar dari treler simen berkenaan.

Rohaslina berkata, pemergian suami dan adik iparnya ketika hujung Ramadan memang ujian paling berat dari Allah SWT.

TRELER yang terbalik dan berapi dalam kemalangan di Jalan Ulu Tebrau ke Felda Ulu Tebrau, semalam.
“Siapa tidak terkejut…baru tengah malam tadi suami pulang ke rumah di Kuantan, Pahang dengan kelam-kabut. Dia hanya sempat mandi dan keluar dari rumah kerana mahu menyambung tugas.

“Namun sekitar jam 10 pagi tadi, saya menerima panggilan memaklumkan suami maut dalam kemalangan,” katanya.

Rohaslina berkata, dia tidak sempat berbual lama dengan suaminya, malah tidak sempat bersahur.

“Suami memberitahu dia ditugaskan menghantar simen dari Kuantan ke Johor Bahru.

“Dia sempat berpesan dengan saya membuat persiapan pulang berhari raya di rumah bapanya di Nenasi, Pahang.

Rohaslina berkata, dia belum sempat membeli persiapan raya kecuali untuk anak mereka Muhammad Zayyad Rizfael, setahun.

“Suami saya anak sulung daripada lapan beradik. Dia seorang yang periang dan mempunyai hubungan amat rapat bersama arwah Muhammad Afiq.

ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa yang terkorban.
“Arwah Muhammad Afiq baru menyambut hari jadinya ke-19 tahun 22 Mei lalu dan amat seronok menantikan Syawal,” katanya.

Sementara itu rakan Zuhairy, Azhar Fauzi Ibrahim, 27, berkata, kali terakhir mereka berbual empat hari lalu.

“Saya sudah lama mengenali mereka. Ke mana sahaja Zuhairy pergi, adiknya akan ikut sama.

“Ketika membuat panggilan video baru-baru ini mereka berbual bersama saya namun tidak seceria berbanding sebelum ini,” katanya.

Seorang saksi kejadian, Mohd Razif Ahmad, 34, berkata, keadaan ketiga-tiga mangsa amat menyayatkan hati.

“Saya melihat treler itu terbakar hingga menyukarkan orang ramai menghampiri mangsa.

“Saya segera menghubungi bomba dan penyelamat sebelum menyelamatkan telefon bimbit dan dompet milik salah seorang mangsa dalam usaha menghubungi waris,” katanya.

ORANG ramai membantu mangsa yang tercampak keluar dari treler.
Treler Zuhairy hilang kawalan

HILANG kawalan dipercayai menjadi punca tiga lelaki maut termasuk salah seorangnya rentung, sejurus treler tangki simen dinaiki mereka terbabas dan terbakar di Jalan Ulu Tebrau ke Felda Ulu Tebrau di sini.

Kejadian jam 7.30 pagi semalam menyebabkan pemandu treler, Zuhairy Zainol, 32, dan kelindan pertama yang juga adiknya, Muhammad Afiq Zainol, 19, maut di lokasi kejadian.

Manakala seorang lagi kelindan Muhammad Afandey Ahmad, 20, yang tercampak keluar dari treler itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika treler itu dalam perjalanan dari arah Ulu Tiram menghala ke Felda Ulu Tebrau sebelum terbabas ke bahu kiri jalan.

“Akibatnya mangsa adik beradik, Zuhairy serta Mohd Afiq terperangkap dan maut terbakar di tempat kejadian.

“Manakala kelindan kedua, Muhammad Afendy Ahmad, yang berasal dari kampung sama meninggal dunia akibat parah ketika dirawat di hospital jam 2 petang semalam.

“Perkara berkenaan (kematian) dimaklumkan pihak Hospital Sultanah Ismail (HSI) dan mangsa ketiga dirawat akibat mengalami cedera parah.

“Kelindan pertama, Muhammad Afiq yang berasal di Kampung Tanjung Batu, Mukim Nenasi, Pekan, Pahang terbakar seluruh badan dan meninggal di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

sumber : HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*