Dua Kali Gimik Bertunang, Jaa Suzuran Risau Rakan Tak Hadir Majlis Sebenar

SELEBRITI Jaa Suzuran memohon maaf jika ada peminat yang mempercayai gimik pertunangan bagi memperkenalkan koleksi tudung jualannya yang dibuat melalui laman Instagram.

Jaa, 25, turut mendedahkan ia bukan kali pertama melakukan gimik seperti itu, malah pernah menipu rakan-rakannya berkaitan majlis pertunangan pada empat tahun lalu.

Jaa memberi bayangan seakan-akan mahu memperkenalkan wajah tunangnya.

“Saya tak merancang pun untuk lakukan gimik sedemikian, idea mula tercetus apabila terkenang kembali ‘prank’ yang saya pernah lakukan empat tahun lalu apabila menjemput rakan-rakan ke rumah untuk majlis pertunangan saya sedangkan ia cuma majlis hari lahir anak saudara.

“Namun saya mohon maaf kalau ada mereka yang mempercayai pengumuman tersebut, ia sekadar hiburan bagi mempromosikan koleksi tudung keluaran saya bersempena lebaran yang akan tiba. Jangan risau saya masih ‘single and available’,” kata Jaa kepada mStar.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah for everything , 3 bulan kenal and abe jaa decide untuk bercinta lepas kahwin . Abe Jaa harap semua dapat doakan abe jaa . Nama dia @jaaurah and i love her so much ❤️💍 #Jaaurah

Siaran dikongsi oleh ABE JAA (@jaasuzuran) pada

Ada peminat tidak percaya wajah transformasi Jaa selepas bersolek serta mengenakan tudung dan baju kurung.

Jaa yang turut mengenakan tudung dan berbaju kurung dalam gimik tersebut mengakui bahawa ada segelintir yang tidak mempercayai bahawa dia adalah ‘wanita’ bertudung dalam video berkenaan.

Dalam pada itu, Jaa berkata, ibunya pasti memarahi tindakan dia memakai pakaian seperti wanita seperti dalam video tersebut.

“Rasanya mak saya belum lagi menonton gelagat saya mengenakan baju kurung tu, cuma adik-adik sahaja yang sudah tonton.

“Dan pasti saya akan dimarahinya kerana berkelakuan demikian, namun saya sudah siap sedia dengan alasan saya tersendiri,” tambah Jaa.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*