Fara Hezel Sahut Cabaran Mizz Nina, Mohon Doa Peminat

Mula mengenakan hijab pada awal bulan Ramadan, rata-rata peminat suka dan berharap agar penyanyi muda, Fara Hezel kekal dengan imej tersebut.

Fara ketika dihubungi MHE TV berkata, dia mengenakan hijab untuk bulan Ramadan ini sebagai menyahut cabaran #Hijab30 yang diperkenalkan Mizz Nina dalam menyeru seluruh wanita agar bertudung di bulan puasa.

“Saya sekadar mahu menghormati bulan Ramadan yang penuh berkat. Malah, saya juga cuba untuk menyahut cabaran Mizz Nina supaya mengenakan hijab sepanjang bulan puasa ini.

“Ramai juga selebriti yang menyahut cabaran ini. Malah, ada yang sudah lama mengenakan hijab untuk sebulan Ramadan. Jadi, saya juga mahu turut serta,” katanya.

KOMEN NETIZEN :

Dalam pada itu, Fara juga berharap agar peminat mendoakan yang terbaik untuknya kekal berhijab selepas ini.

“Alhamdulillah, ramai peminat yang menghantar pesanan dalam media sosial memuji dan suka melihat saya bertudung.

“Doa yang baik-baik dan semoga kita mendapat kerahmatan serta keberkatan di bulan Ramadan ini,” katanya.

Sumber : MHE TV

Mizz Nina Ajak Semua Wanita Sahut Cabaran 30 Hari Berhijab Ramadan Ini

Baru-baru ini, Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Binti Azman, telah memuat naik satu entri menerusi laman Instagram meluahkan rasa kesyukuran dan bangganya mengenakan hijab. Masuk tahun ini, sudah genap 6 tahun bekas penyanyi ini memilih untuk mengenakan hijab.

Menurut Mizz Nina, keputusan yang dibuat untuk berhijab adalah diatas pilihannya sendiri sebagai seorang Muslim yang patuh dan cinta akan Allah SWT. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa semua wanita harus berasa bangga mengenakan hijab kerana ia adalah identiti seorang wanita Muslim.

Meskipun tidak lagi menyanyi, namun Mizz Nina masih aktif terutamanya dalam aktiviti kemanusiaan selain kerap kali dijemput menjadi jurucakap untuk memberi motivasi dan kesedaran kepada masyarakat serta dalam program berbentuk dakwah Islam.

Baru-baru ini Mizz Nina telah menunjukkan tanda sokongannya terhadap inisiatif yang dianjurkan akaun @worldhijabday dengan berkongsikan semula satu entri berkenaan Cabaran Hijab 30 Hari sepanjang bulan Ramadan ini

Selain daripada mengimarahkan lagi bulan Ramadan, antara tujuan cabaran ini dilakukan adalah bagi membanteras gejala Islamophobia di kalangan masyarakat dunia.

Apa yang menarik adalah cabaran ini bukan sahaja terbuka untuk wanita yang beragama Islam sahaja, bahkan penganut agama lain juga dialu-alukan untuk mengambil bahagian bagi merasai sendiri pengalaman memakai hijab.

Sesiapa yang menyahut cabaran ini juga diminta untuk memuatnaik gambar mereka beserta dengan hashtag #Hijab30 untuk berkongsi pengalaman mereka memakai hijab sepanjang bulan Ramadan.

Semoga inisiatif murni ini mendapat sokongan dan penyertaan daripada ramai wanita di seluruh dunia. Sumber: SAYS

Artikel Berkaitan.. “Hijrah ini terlalu indah. Saya tidak rindukan kehidupan lalu…” – Mizz Nina

Pernah bergelar penyanyi hingga menembusi peringkat antarabangsa dulu membuatkan ramai yang tidak percaya tentang penghijrahan yang berlaku terhadap Mizz Nina. Namun bagi dirinya, penghijrahan yang dilakukan kerana Allah itu tidak pernah membuatkan beliau rindukan kehidupannya yang dulu kerana apa yang dimilikinya kini terlalu indah untuk dilepaskan.

“Alhamdulillah saya selesa dengan imej bertudung saya sekarang. Saya tidak ambil pusing sama ada terdapat orang yang suka saya berhijab atau tidak kerana bagi saya, apa yang dilakukan ini adalah semata-mata kerana Allah. Malah saya yakin dan percaya, jika kita ikhlas melakukan sesuatu dan nawaitu kita adalah hanya untuk Allah, ianya akan kekal dan berpanjangan”

“Terus terang saya nyatakan, saya tidak rindukan kehidupan yang pernah dilalui pada masa lalu. Apa yang telah berlaku adalah satu kisah silam yang hanya tinggal sejarah kini. Saya sudah lepaskan segalanya. Saya sudah merasai semuanya dan tiada apa lagi yang mahu saya kejarkan lagi. Alhamdulillah, banyak hikmah yang saya perolehi selepas mula berhijrah dan berhijab”

“Saya tidak perlu berpura-pura untuk cuba menjadi orang lain atau cuba membuktikan sesuatu untuk meraih pujian atau penghargaan daripada sesiapa jua. Saya jauh lebih selesa, tenang dan mensyukuri nikmat penghijrahan ini. Ia adalah fasa baru dalam kehidupan saya dan syukur dalam usia 35 tahun ini,” katanya menerusi temubual eksklusif bersama majalah Intrend.

Sementara itu, Mizz Nina turut berkongsi bagaimana suaminya, Noh Ahmad memberi dorongan kepadanya untuk mendekati Islam dengan tidak memaksa walaupun memarahinya untuk tampil berhijab. Malah peringkat demi peringkat Noh membawa beliau ke kelas agama, mengaji Al-Quran serta sering pergi mengerjakan haji bersama sehingga beliau terbuka untuk berhijab. – rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : CokelatPutih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*