“Hari kedua saya tewas” 3 Bulan Hamil, Elfira Tetap Menggagahkan Diri Berpuasa

Selebriti cantik yang baru mendirikan rumah tangga, Elfira Loy sebelum ini telah pun mengumumkan di mana dia telah hamil.

Sempena bulan puasa pertama untuknya yang hamil, Elfira tidak ketinggalan untuk berkongsi pengalamannya berpuasa.

Baginya, puasa kali ini dilihat cukup berbeza dari tahun-tahun sebelum ini, lapor BHarian.

“Memang mencabar berpuasa ketika berbadan dua. Pada hari pertama, pelbagai perasaan datang, namun saya cuba tidak terlalu mengikut kata hati.”

Pada awalnya, Elfira akui bukan mudah baginya untuk berpuasa ketika sedang berbadan dua.

Walaubagaimanapun Elfira tidak mahu terlalu memanjakan diri dan tetap mencuba untuk berpuasa penuh.

Elfira memberitahu pada hari pertama dia berpuasa penuh walaupun pelbagai perasaan yang datang.

“Saya lelapkan mata dan apabila bangun, saya ke dapur menyediakan juadah berbuka”

Tetapi pada hari kedua berpuasa pula, Elfira tertewas dan terpaksa berbuka awal kerana tidak larat meneruskan ibadah puasa.

“Alhamdulillah, saya dapat berpuasa penuh. Cuma pada hari kedua, saya tewas. Ada ketika, saya dalam dilema sama ada mahu berpuasa atau tidak, tetapi selagi tidak membebankan diri dan membahayakan kandungan, saya akan cuba”.

“Cuma, apabila berdepan alahan, itu yang membuat saya tidak berdaya. Dugaan setiap wanita hamil tidak sama, tetapi saya lawan juga perasaan itu. Dorongan suami memberikan saya kekuatan untuk menunaikan tarawih,” katanya.

Bagi Elfira, dorongan suaminya memberikan kekuatan untuknya meneruskan ibadah puasa dan menurutnya dugaan wanita hamil adalah tidak sama.

Semoga Elfira dapat meneruskan puasa dengan selamat dan tidak membahayakan kesihatnnya dan kandungan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Instagram Elfira Loy via YoYNetwork

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*