“Korang Jangan Gelak Tengok Kakak Baca Berita” – Ini Jadinya Bila Noorkhiriah Jadi Pembaca Berita!

Pelakon Noorkhiriah mengakui bersyukur apabila diberikan peluang untuk mencuba nasib sebagai pembaca berita.

Menerusi entri di Instagram (IG), Noorkhiriah berkongsi sepotong video semasa menjalankan tugas sebagai pembaca berita dalam slot Komuniti AWANI.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dia punya nebes bila dok kat kusi tu mcm ada karan..harini dlm sejarah akak jadi penyampai berita #komunitiawani..seyes best,pengalaman baru..bukan mudah yerr..tersasul2 tapi sonok dia berganda..tima kasih tak terhingga @501awani atas peluang ni..merasa gak cita2 dari kecik.. cik @dean_musthafa @mukrizmahader,cik man,tuan producer dan team #komunitiawani…seyes best,best..rasa nak reshoot je tadi🤩…InshaAllah bermula Sabtu,Ahad & Isnin on air 8.15malam hanya di @501awani…Terima Kasih Allah @farahhidayuuu @sheshawlshouse @audrabellacotton

Siaran dikongsi oleh Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) pada

Noorkhiriah mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro Awani kerana mengundangnya untuk menyampaikan berita untuk saluran kegemaran ramai itu.

“Korang jangan gelak tengok kakak baca berita #komunitiawani @501awani. Tak penah buat weii.

“Feeling sangat rasanya selama 3 hari kakak menyampaikan. Rumusan dari kakak job ni best. Nak lagi please. Alhamdulillah.

“Dia boleh main BYE sebab tu kakak tak boleh wat benda formal memang kelaut dalam peginya. Ni puas kepit dik.. Sudahnya BYE terkeluor,” tulisnya.

Di saluran Astro Awani, Noorkhiriah menyertai rakan-rakan artis popular lain sebagai penyampai berita kisah-kisah masyarakat dalam slot Komuniti AWANI pada setiap malam pada jam 8:15 malam.

Antara artis lain yang turut menjadi penyampai berita tersebut adalah Adibah Noor, Erra Fazira, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aliff Satar dan ramai lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*