Senang je dia dapat pergi sentuh Kaabah… mudah je dia dapat pergi sentuh Hajar Aswad.

“Senang je dia dapat pergi sentuh Kaabah… mudah je dia dapat pergi sentuh Hajar Aswad. Saya dalam berhimpit-himpit ni boleh terbayang telekung tercabut punya ramai jemaah tarik.”

TIDAK semua berpeluang merasai suasana berpuasa pada bulan Ramadan di Tanah Suci Makkah.

Namun gadis kelahiran Jitra, Nur Afilah Amir Rusdi, 24, dan suaminya, Adama Mohamed antara yang bertuah apabila diberi peluang untuk ke sana selepas sebulan mendirikan rumah tangga.

Nur Afilah atau lebih mesra disapa Fila dan suaminya tiba di Makkah kira-kira pukul 4 pagi Ahad lalu.

Fila ketika dihubungi mStar berkata dia bersyukur kepada Allah kerana niatnya dan suami untuk menunaikan umrah bersama-sama bukan sahaja dimakbulkan tetapi dipermudahkan.

“Kami plan dah lama tapi beli tiket seminggu sebelum datang ke sini. Alhamdulillah kata-kata itu satu doa… semuanya dipermudahkan. Apa pun niat tu yang penting.

Fila teruja pertama kali menjejakkan kaki ke Makkah.

“Bila jejak sendiri kaki ke Masjidil Haram tengok Kaabah dengan mata sendiri, perasaan dia lain dari yang lain. Perasaan terharu, teruja… gembira semua ada,” katanya.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, walaupun tiba awal pagi, rasa penat dan mengantuk bagaikan tiba-tiba hilang ketika berada di sana.

“Kami sampai pukul 4 pagi kemudian terus letak barang dekat hotel dan lepas tu pergi menunaikan umrah.

“Kami tak nak melengahkan masa sebab nak kongsi masa buat tawaf. Ajaibnya tak tidur tapi tenaga banyak, tak mengantuk pun. Bila dah selesai balik hotel kejap je dah rindu Kaabah,” katanya.

Fila turut menceritakan pengalaman berharga apabila berpeluang mencium batu Hajar Aswad.

“Bila dah habis tujuh kali tawaf dan diizinkan sentuh Hajar Aswad, semua berebut nak sentuh. Nak dijadikan cerita, Allah mudahkan suami sebab dia tinggi.

“Senang je dia dapat pergi sentuh Kaabah… mudah je dia dapat pergi sentuh Hajar Aswad. Saya dalam berhimpit-himpit ni boleh terbayang telekung tercabut punya ramai jemaah tarik.

Suami Fila sewaktu menunaikan ibadah di Kota Suci itu.

“Saya dahlah kurus. Tapi Alhamdulillah saya dapat juga cium Hajar Aswad. Masa tu memang rasa sebak, tak dapat digambarkan perasaan itu… bersyukur sangat-sangat,” katanya.

Biarpun waktu berpuasa di Makkah lebih panjang berbanding Malaysia ia langsung tidak bermasalah bagi Fila dan suaminya.

“Puasa kat sini lagi lama tapi tak rasa macam berpuasa pun dekat sini. Rasa penat tapi tak rasa letih macam berpuasa di Malaysia.

“Mungkin sebab teruja dan saya hanya fokus pada tujuan datang ke sini sahaja,” katanya.

Bila jejak sendiri kaki ke Masjidil Haram tengok Kaabah dengan mata sendiri, perasaan dia lain dari yang lain. Perasaan terharu, teruja… gembira semua ada.
NUR AFILAH AMIR RUSDI.

Walaupun sebenarnya tidak berhijab, Fila mengakui dia seronok dan selesa memakai tudung sepanjang berada di sana.

“Bila berhijab dekat sini rasa macam seronok pula. Rasa selesa pun ada sebab tak payah bersolek… mudah. Insya-Allah niat untuk berhijab sepenuhnya itu ada… slow-slow.

“Di sini saya dapat lihat dan bertemu dengan pelbagai macam orang. Dari baby sampailah ke orang tua. Berbeza bangsa dan warna kulit tapi semua bertandang ke rumah Allah dengan satu matlamat untuk berdoa,” katanya yang akan kembali ke tanah air pada Jumaat ini.

mStar sebelum ini melaporkan kisah perkahwinan Fila yang bertemu jodoh dengan suaminya berusia 26 tahun selepas pertemuan secara tidak sengaja di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara pada Disember lalu.

Fila bertemu dengan suaminya ketika sedang menangis di sebuah kafe di Pavilion, Kuala Lumpur.

Kedua-duanya selamat disatukan di kediaman pengantin perempuan di Jitra, Kedah pada 26 April lalu.

“Saya terjumpa suami dekat Pavilion. Waktu tu saya sedang menangis sebab ada masalah sikit dengan teman serumah. Saya ni jenis kurang berkawan dengan orang.

“Kemudian dia tiba-tiba datang dekati saya ketika saya bersendirian. Dia pujuk Fila. Mula-mula rasa takut sebab saya seorang dan takut orang ambil kesempatan.

“Tapi bila tengok dia betul-betul ikhlas, saya terharu. Itulah kan kalau dah jodoh Allah akan hadirkan dia datang secara tiba-tiba,” katanya.

sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*