” Seluruh Pahala Saya Sebagai Doktor Untuk Abah”. Ini Janji Anak Pelawak Mr Os Setelah Bergelar Doktor

Usaha pelawak Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr Os dalam memberi pendidikan yang sempurna membuahkan hasil apabila anak sulungnya Syafiqa Hayra kini bergelar doktor.

Biarpun tidak mempunyai pelajaran tinggi, namun Allahyarham tetap percaya anak-anaknya mampu untuk berjaya dalam bidang pelajaran.

Syafiqa, 26, berkata, kejayaan yang dikecapi hari ini adalah menunaikan impian bapanya yang mahu dia menjadi seorang doktor dan berbakti kepada masyarakat.

“ Ar wah abah seorang yang sangat serius dalam pelajaran dan agama. Tapi dia tak pernah marah mahupun jentik sepanjang membesarkan kami. Dia seorang yang sangat lembut apabila menasihati saya dan adik. Sejak kecil abah selalu cakap yang dia yakin saya boleh jadi doktor.

“ Sepanjang hidupnya dia tidak pernah mengeluh mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Walaupun saya nampak dia sangat penat dan s4kit,” ujarnya kepada mStar Online.

Allahyarham Mr Os mening gal dunia pada 8 April 2016 di Hospital Selayang akibat kan ser paru-paru.

Syafiqa merupakan anak sulung daripada dua adik beradik ini merupakan perkahwinan kedua Allahyarham.

Allahyarham turut mempunyai lima lagi cahaya mata dan dua cucu dengan perkahwinan pertama.

Syafiqa menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Mansoura Mesir dengan keputusan cemerlang Januari lalu.

Biarpun bapanya tidak sempat melihat kejayaan itu, Syafiqa berkata, dia berniat segala pahala ketika berkhidmat sebagai doktor nanti diberikan kepada bapanya.

“ DIA TIDAK DAPAT MELIHAT KEJAYAAN SAYA DAN SAYA JUGA TIDAK DAPAT MEMBALAS JASANYA MENJADIKAN SAYA SEORANG MANUSIA. JADI SAYA BERNIAT SEMUA PAHALA SAYA SEPANJANG BERKHIDMAT SEBAGAI DOKTOR INI DIBERIKAN KEPADA ABAH DAN IBU.

“ ITU JANJI SAYA KEPADA DIRI SENDIRI KERANA TANPA ABAH DAN IBU SAYA BUKAN SIAPA-SIAPA,” UJARNYA.

Dalam pada itu, Syafiqa berkata, pelbagai dugaan dilalui sepanjang enam tahun pengajiannya di Mesir.

Berbekalkan, kata semangat Allahyarham bapanya, dia tidak pernah putus ada dan teruskan pengajian.

“ Enam tahun masa yang agak panjang dan memang ada rintangannya tapi setiap hari ketika arwah masih hidup dia akan bertanya khabar dan hantar gambar bersama ibu. Pesanan terakhirnya minta saya habiskan pengajian walau apa yang berlaku dan ketika itu dia sedang t3nat,” ujarnya.

Pelakon dan pelawak Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid mening gal dunia kira-kira pukul 2.50 petang Jumaat ( 2016) di Hospital Selayang dekat sini akibat k4nser paru-paru.

Anaknya, Mohd Hafizul Mohd Yusof, 20, berkata, Allahyarham dir4wat di hospital itu sejak Isnin lalu selepas lemah dan sesak nafas.

” AYAH S4KIT TERUK SEJAK ISNIN LALU DAN DI RAWAT DI HOSPITAL SELAYANG, NAMUN KETIKA ITU DIA MASIH BOLEH BERCAKAP SEHINGGALAH PAGI ITU.

” PAGI TADI DIA KELIHATAN BETUL-BETUL LEMAH DAN HANYA BOLEH ANGGUK DAN GELENG SAHAJA,” UJARNYA KEPADA MSTAR ONLINE, KETIKA DIHUBUNGI.

Tambah Mohd Hafizul, sejak beberapa minggu Allahyarham lemah dan tidak dapat bekerja seperti biasa.

Malah sebelum menghembuskan nafas terakhir, dia sempat berpesan agar anak-anaknya sentiasa ingat pada Allah dan menutup aurat.

” Dia nampak ten4t beberapa minggu ini dan lemah kerana kan ser paru-paru yang dihadapinya itu. Sebelum meninggal banyak pesanan yang diberikan kepada kami adik beradik terutamanya berkenaan agama,” ujarnya.

Mr Os atau Mohd Yusuf,55, memulakan kerjaya sebagai pelakon filem pada tahun 1986 menerusi filem Balik Kampung.

Setahun kemudian beliau diberikan kepercayaan untuk memegang watak utama dalam filem Mr Os dan ketika zaman kemuncaknya, beliau sering digandingkan dengan pelawak Sheila Rusly, Salih Yaakob dan Datuk Aziz Sattar.

Pada tahun 1988, beliau bersama-sama Hussein Abu Hassan, Puteri Salbiah dan Latif Ibrahim telah membintangi sebuah filem seram Indonesia bertajuk Bisikan Arwah.

Pada tahun 1990, beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM) di Festival Filem Malaysia ke-9 menerusi lakonan berkesannya sebagai pemuda autisme dalam filem Adik.

Beliau juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik sebanyak dua kali di FFM iaitu menerusi filem Mr.Os (1987) dan Ghazal Untuk Rabiah (1997).

Meneusi rancangan Maharaja Lawak Mega 2011, Os yang bergandingan dengan Abon sebagai kumpulan Osbon menjuarai rancangan itu dan memenangi wang tunai RM350,000.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : hmetro/ newsco, IG Syafiqa Hayra

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*