“Syukur Alhamdulillah…,” – Kaka Azraff Umum Sudah 4 Bulan Berbadan Dua

Penyanyi Kaka Azraff, 30, berkongsi berita gembira berkenaan dirinya kini hamil empat bulan.

“Saya ambil kesempatan ini nak kongsi berita gembira bersempena bulan Ramadan bahawa saya sedang berbadan dua.

“Syukur Alhamdulillah walaupun hamil tapi saya masih boleh berpuasa.

“Saya tidak berkongsi di awal kehamilan kerana menghormati permintaan keluarga dan setelah doktor mengesahkan kandungan sihat, baru saya yakin untuk berkongsi kepada semua, ” katanya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ustaz Adam & Nur ( Nor Atiqa ) wannabe hahaha. #nur3 lololol

Siaran dikongsi oleh K A K A A Z R A F F (@kakaazraff) pada

Bagaimanapun, Kaka atau nama penuhnya Nor Atiqa Noor Azraff mempunyai alahan saat mengandungkan anak sulung.

“Saya tak boleh bau suami saya dan kalau boleh nak suruh dia tidur rumah jiran .. sebab dia kuat merokok.. Tapi sekarang ni dia dah berhenti,” kata Kaka jujur.

Tambah Kaka yang popular dengan lagu Sibuk ini lagi, dia sangat teruja dengan perkara itu selepas menjalani ujian kehamilan.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Majlis Resepsi @KakaAzraff & @HelloAdamAzriff ❤️ . Tarikh : 22 December 2018 (Sabtu) Lokasi : @thepropertybyws . Special Performances @cuurley @ahmadnazrirusli . Official Sponsors Wedding Planner : @TangsiTujuh Make Up by : @emmyagung Pakaian Pengantin Perempuan : @TangsiTujuh Pakaian Pengantin Lelaki : @TSyahmiKL Pelamin & Decoration : @TangsiTujuh Photographer : @Shahrilomaq Videographer : @ImaginarySquirrel_Studio Sound System : @gabangucida78 Wedding Card Design : Bonafide @Sarazlan Wedding Card Printing : @OKUTerusMaju Henna Artist : @SheemaHenna Arrangements by : @atlasoneevents Heel by : @christyngshoes . #alhamdulillah #kakaXadam #wedding #love #family #kakaazraff #adamazriff

Siaran dikongsi oleh K A K A A Z R A F F (@kakaazraff) pada

“Saya sedar saya hamil masa saya tengah memasak. Saya sangat terkejut dan tidak sangka akan hamil.

“Sepupu saya ada bagi cadangan supaya melakukan ujian kehamilan dan keputusannya adalah positif,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa di Hotel Royal Kuala Lumpur hari ini.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Have a peaceful Ramadhan ❤️ From me and @helloadamazriff

Siaran dikongsi oleh K A K A A Z R A F F (@kakaazraff) pada

Kaka dan Adam Azriff mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018. – MHE TV

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MHE TV

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*