“Tak Tinggal Puasa Dan Solat”- Isteri Alif Satar ‘Dedah’ Sikap Baik, Jauh Beza Dengan Zafran!

Jika anda mengikuti drama bertajuk Pia yang kini sedang bersiaran di TV3, pastinya anda dapat melihat watak lakonan Alif Satar yang membuatkan ramai yang mengec4mnya.

Selain menyanyi dan mengacara, Alif juga sangat berbakat dalam bidang lakonan dan pasti apapun watak diberi sangat memberi kesan kepada penonton. Begitu juga dengan drama gandingannya bersama Zara Zya ini.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

✨ EPISODE 8 ✨ . Korang setuju tak kalau Zafran tinggalkan Pia dan kahwin dengan Qis 😝 Ofc lah Kan. Nanti kalau Zaf kawin dengan Qis boleh Taki Taki lagi 🤣 Makin hari makin mengganas eh Qis dengan zaf ni. Dahla buat Projek Rahsia Tengahari. Nasib takde van jenazah datang pick up korg 🤣🤣 . #azirashafinaz #qis #kecamqis #aziralover #Piadrama #dramapia #PIA

Siaran dikongsi oleh Azira Shafinaz (@defamfans_aziralover) pada

Bagaimanapun menerusi mStar Online, isteri Alif dikenali sebagai Sha Dila Halid mengatakan watak Zafran yang dibawa menerusi drama tersebut sangat jauh berbeza dengan diri suaminya yang sebenar.

“Lelaki yang jauh berbeza dengan Zafran. Lelaki ini mempunyai jiwa yang baik, dia beri lebih daripada yang diterima, tidak pernah minta untuk ‘terima kasih’ atau ‘bagus’ daripada orang lain.

“Tidak pernah dia pukul saya, tidak pernah menengking saya, tidak pernah mahu melihat saya susah, sentiasa membantu dalam kerja rumah.

Jauh berbeza..

Bahkan, isterinya juga mengatakan Alif tidak pernah tinggal puasa seperti Zafran dan solat juga tidak tinggal malah seorang yang mementingkan keluarga.

“Walau bagaimanapun, dia layak untuk mengetahui dirinya seorang individu yang hebat. Tolong jangan keliru dia dengan Zafran atau mana-mana individu lain.”

Dalam pada itu, Sha Dila juga turut meminta agar netizen tidak keliru Alif Satar dengan Zafran atau individu lain.

Sumber: mStar Online via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*