Tauke Jambu Tinggalkan Komen Lucu Ajak ‘Shopping’ “Isteri Tak Kisah Selekeh Asalkan Anak Cantik…

Nadia, 30, berkata, persiapan tahun ini tidak seperti dahulu kerana lebih mengutamakan persiapan untuk anak sulungnya yang kini berusia lapan bulan.Hari Raya Aidilfitri sudah pasti berbeza bagi isteri kepada pelawak Tauke Jambu, Nadia Mohd Affandi apabila kini bergelar seorang ibu.”Persiapan raya tahun ini mummy simple je tak siap pun tak apa, janji anak yang penting dulu”

 

“Itulah pengorbanan bila dah menjadi ibu ni, tak apalah mummy tak cantik pun macam orang lain, janji anak mummy cantik!,” katanya.”Dah ada anak ni lain sikit, apa-apa mummy selekeh pun tak apa tak sempat nak bersiap bermekap pun tak apa janji siapkan anak dulu, susu, pampers makan semua.”

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

The struggle is real bila dh bergelar ibu ni sgla aktiviti kau akn berubah 360 darjah cecair kalsium karbohidrat smua…🤪🤣happymommy #lovemykiddo ❤️

Siaran dikongsi oleh Nadia Yaya (@_nadiayaya6) pada

Perkongsiaannya Nadia pada Isnin itu bukan sahaja menarik perhatian netizen, malah suaminya Tauke turut meninggalkan komen mencuit hati.

“Macam ni la cara nak saiko suami nak ajak shopping. Yelah Yelah last jom sayang,”

Tauke atau nama sebenar Zamratul Amri Zakaria, 42, berkahwin dengan Nadia pada 9 Disember 2017.

Pasangan ini dikurniakan anak bernama Zamatul Khayla Aydina pada 26 Oktober tahun lalu.

Pada Januari lalu, rumah tangga pasangan ini pernah dihimpit kontr0versi apabila Nadia mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sudah berp1sah akibat orang ketiga.

Bagaimanapun, Tauke menyangkal kenyataan tersebut dan menganggap hubungan mereka sedang diuji.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*