‘Throwback’ Aaron Aziz Pernah Mandi Di Stesen Minyak & Tahan Lapar Ketika Baru Di Malaysia

Berusaha tangga kejayaan. Pepatah ini sememangnya sangat sesuai dengan Aaron Aziz. Pengorbanan yang dilakukan sebelum menempah nama di Malaysia sememangnya sangat berbaloi dengan kepopularitian yang dikecapi saat ini.

Menurut Aaron Aziz, dia pernah menumpang mandi di stesyen minyak dan menukar baju di dalam kereta ketika mula-mula berlakon:-

Di awal kemunculan sebagai pelakon di Singapura, saya masih belum mampu menarik nafas lega. Jika produksi Malaysia menyediakan makan untuk artis dan kru, berbeza pula dengan produksi Singapura ketika itu, makan tidak disediakan.

Mula menjadi artis terpaksa ikat perut sebab tidak berduit.

Apabila tiba waktu makan, produksi akan berhenti dan pandai-pandailah mencari makan. Ada masa saya terpaksa ikat perut sebab tidak berduit. Ketika saya mencari rezeki di Malaysia, isteri, Diyanah Halik dan anak sulung, Danish Anaqi terpaksa ditinggalkan di Singapura.

Orang tidak tahu ada masanya saya menumpang tidur di rumah kawan, ada ketika saya tidur dalam kereta. Saya selalu menumpang mandi di stesen minyak dan hanya bersiap dalam kereta.

Memang agak pilu mendengar kata-kata Aaron Aziz. Bukan Aaron Aziz sahaja yang terpaksa berkorban, anak dan isterinya turut sama mengambil langkah berjimat cermat

Gaji RM apabila ditukar kepada dollar Singapura, jadi sedikit.

Duit belanja untuk isteri dan anak tidak seberapa ditinggalkan. Isteri kena berjimat cermat ketika itu. Lagipun bayaran diterima dalam Ringgit Malaysia, apabila ditukar kepada dollar Singapura, jadi sedikit

Bagaimanapun, berkat kesabaran saya dan isteri, akhirnya kehadiran saya mula diterima. Saya masih ingat drama Emil Emelda menaikkan nama saya sehingga diterima hari ini.

Drama Emil Emelda menaikkan nama Aaron Aziz
Terhutang budi pada produser, Datuk Yusof Haslam dan Erma Fatima,

Saya terhutang budi pada produser, Datuk Yusof Haslam dan Erma Fatima, mereka adalah insan yang memberi ruang mengembangkan bakat saya di Malaysia. Inilah dinamakan bersusah-susah dulu, bersenang kemudian.

Ketabahan Isteri Kekal Setia Saat Susah

Tolak sebarang tawaran saat mendapat tahu isterinya Diyana Halik jatuh sakit dengan tiba-tiba

Beliau juga  diberikan kesempatan berlakon dalam satu terbitan HBO Asia, yang sudah lama ditunggu-tunggu. Malah, beliau sudah berada di Batam, Indonesia bagi menjalani proses raptai bagi menjayakan drama berjudul Grisse itu. Namun, apabila mendapat tahu isterinya Diyana Halik jatuh sakit dengan tiba-tiba, Aaron tanpa teragak-agak menarik diri demi menjaga isterinya.

Kata orang, bukan senang nak senang.

Kepada pelakon yang baru hendak naik, contohilah ketabahan Aaron Aziz dan keluarga. Kata orang, bukan senang nak senang. Susah payah itu asam garam kehidupan. Abang Nara semakin respek kepada Aaron Aziz selepas mendengar kisahnya ini. Semoga kerjaya Aaron Aziz akan terus maju jaya.

Pada 16 Disember 2017, beliau bersama-sama dengan Farid Kamil telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada 16 Disember 2017 yang membawa gelaran Dato’ sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang. Tahniah!

Semoga kepayahan Aaron Aziz  ini menjadi semangat pada anak muda khusus nya lelaki dalam mencari rezeki menyara keluarga.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Viral Kami

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*