Tuah berbelanja tudung isteri di bazar Ramadhan

Betul kan? Rezeki Tak Pernah Salah Alamat..

PERCUBAAN pertama menyertai acara cabutan bertuah membawa tuah kepada pemandu bas, Tengku Azni Zazillah Tengku Ismail apabila memenangi motosikal jenis Yamaha Y15 di Bazar Ramadan Bukit Sekilau di sini, kelmarin.

Tengku Azni Zazillah, 47, berkata, selepas membeli tudung untuk isterinya, Rohana Daud dia berpeluang mengisi borang cabutan bertuah disediakan pihak penganjur.

Katanya, mereka sekeluarga ke Bazar Ramadan Bukit Sekilau bagi mendapatkan barangan keperluan menyambut Aidilfitri dan tidak pernah bercadang menyertai cabutan bertuah.

“Ketika menulis borang, saya dan empat anak berdoa supaya hadiah motosikal jenis Yamaha Y15 ditawarkan menjadi milik mereka sekeluarga.

“Ternyata sudah menjadi rezeki saya akhirnya hadiah motosikal yang diimpikan menjadi kenyataan,” kata bapa kepada empat anak berusia enam hingga 16 tahun ini.

Beliau berharap hadiah cabutan utama, kereta Perodua Bezza berharga RM30,000 yang akan diumumkan 3 Jun akan dimenangi isterinya.

Pengerusi penganjur Mohd Khairul Hisham Omar berkata, setiap minggu karnival berkenaan menawarkan hadiah cabutan bertuah berupa pakej umrah bernilai lebih RM7,000, motosikal Yamaha Y15 bernilai lebih RM8,000 dan Perodua Bezza (RM30,000).

Katanya, kedatangan pengunjung meningkat minggu terakhir Ramadan dan pihaknya menyasarkan lebih 150,000 pengunjung.

“Syarat kelayakan cabutan bertuah begitu mudah dan pelanggan hanya perlu melakukan pembelian minima RM100 bagi mendapatkan sekeping kupon borang yang perlu dilengkapkan dan diserah kepada urusetia.

“Kita menyediakan peruntukan kira-kira RM500,000 sebagai modal membuka kawasan niaga dan terdapat sebanyak 500 gerai disediakan untuk memudahkan pengunjung memilih barang yang mereka suka,” katanya yang juga Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Tani Indera Mahkota.

Sumber : HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*