[VIDEO] Untung Anak-Anak Fazley Yaakob… Mereka Terima Hadiah Setiap Hari Jika Berpuasa Penuh!

Cef selebriti tersohor, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan dia memberikan ganjaran untuk anak-anaknya setiap hari jika mereka berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan.

Fazley mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah (11) Ahmad Fieradz Shah (10), Ahmad Firudz Shah, 8 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma (2) hasil perkahwinannya dengan Datin Azrene Ahmad pada 2007.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Setiap kali #Ramadan saya memang galakkan anak2 saya berpuasa penuh. Saya akan siapkan hadiah harian, hadiah mingguan dan hadiah genap sebulan berpuasa sebagai pembakar semangat @fariedzfazley @fieradzfazley dan @fierudzfazley Tahun ni pun saya tetap buat yang sama. Cuma kali ni ada kotak khas yang saya masukkan hadiah terus atau kertas untuk ‘clue’ hadiah yang akan mereka dapat. Kali ni antara clue-nya ialah “Big Hugs” atau “Pelukan Besar”. Hahahahaha tengoklah reaksi masing2! So far diorang bertiga puasa penuh, dah siap bangun sahur lagi tu! Abaikan si Payish yang tak berbaju tu eh! Dia kata berpeluh lepas solat banyak kali! 🤣 @ahlanacademy

Siaran dikongsi oleh Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) pada

“Saya menyediakan sebuah kotak khas ala-ala cabutan bertuah yang mempunyai hadiah misteri untuk tiga orang anak lelaki saya. Sepanjang 30 hari Ramadan, akan ada satu hadiah untuk mereka jika mereka dapat melengkapkan ibadah puasa.

“Ia bertujuan untuk menaikkan semangat dan memberi dorongan untuk mereka berpuasa penuh. Hadiah harian saya berikan sesuatu yang biasa sahaja tetapi untuk setiap akhir minggu, saya berikan hadiah yang sedikit istimewa berbanding hadiah harian,” katanya.

Fazley ditemui di majlis pelancaran kempen Aidilfitri ‘Semanis Syawal MyTown’ di pusat membeli belah MyTown, Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Fazley, tiga orang anak lelakinya bersemangat untuk berpuasa penuh bagi mendapat hadiah misteri yang disediakan.

“Alhamdulillah, cara ini berkesan dan anak-anak saya berpuasa penuh dan mereka fokus. Mereka juga tidak mahu ponteng puasa untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan,” kata Fazley lagi.

Dalam acara terbabit, Fazley melakukan demo masakan untuk pengunjung pusat membeli-belah terbabit.

“Saya menjadi wajah untuk kempen Raya MyTown serta membantu mereka untuk mempromosikan pusat membeli-belah itu di laman sosial sebagai salah satu tempat menarik untuk dikunjungi bagi membeli keperluan dan persiapan Syawal,” katanya lagi.

 

Sumber: Gempak 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*