“Yey My Childhood Crush Comeback ..” – Peminat Teruja Tengok Awal Ashaari Kembali Berlakon

Pengacara dan pelakon Awal Ashaari kini kembali berlakon selepas lama tidak muncul di kaca televisyen.

Menerusi sebuah entri terbaru, Awal memuat naik sebuah video ‘teaser’ babak yang dilakonkannya dalam sebuah drama berjudul Sinar Ramadan Untuk Amanda yang ditayangkan semalam.

Perkongsian itu dikongsi Awal di akaun Instagram (IG) miliknya buat tatapan umum.

“Okay Gais.. Dah ready tisu satu kotak ke belum?

“Drama Sinar Ramadan Untuk Amanda nak tayang pukul 10 ni di @tv3malaysia.

“Cerita ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa dan kalau ada terlebih kurang, kami memohon maaf..

“Bulan Ramadan ni kita harap ada lah sinar buat mereka yang sering tidak mendapat tempat dalam masyarakat kita,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Awal menunjukkan rasa teruja dan mengucapkan selamat kembali kepadanya.

Malah, ada segelintir yang mengharapakan Awal meneruskan kariernya dalam lakonan.

“@yuhanness123: Eh.. Awal berlakon balik.. Yeay!”

“@_nurtasyazmiraaaa: Dah lama tak berlakon! Aaa excited!”

“@ndya_balqis: Yey my childhood crush comeback hahaha.”

“@mukhlisakhairul: Yes! Lama tak tengok @awalashaari berlakon.”

“@etyhanafiah: Gigih tunggu depan tv tho esok kerja sebab nak tengok @awalashaari berlakon sebab this is very rare, lama tak tengok Awal berlakon.”

“@hidayahmizan: Ingat kan cerita lama. Sebab lama tak tengok Awal berlakon. Haha. Nice acting.”

“@littleof_hana: Dah lama tak tengok @awalashaari berlakon. Selalu mengacara saja. Terbaikkk.”

“@anggunarissa_: Yeahhhh awal is backkk.”

“@w.yuhaniz_: Next drama please.”

“@qylxrose_: Dah lama tunggu awal berlakon.”

Awal mula aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2005 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi pengacaraan dan lakonan dalam drama serta filem tempatan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*