“Saya Ambik Tuala Untuk Cover Dia” – Fazley Yaakob

Tandas Tutup, Isteri Fazley Yaakob Terpaksa Lepaskan ‘Hajat’ Dalam Semak. “Saya Ambik Tuala Untuk Cover Dia”

Bunyi agak lawak namun itulah yang berlaku kepada penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob yang berkongsi detik cemas apabila isterinya terpaksa membuang air di tepi jalan ketika dalam perjalanan pulang ke ibu negara setelah beberapa hari bercuti di Pulau Pinang.

Menurut Fazley, perjalanan selama 13 jam itu memberi tekanan kepadanya apabila kebanyakan tempat rehat dan rawat (R&R) sepanjang lebuh raya itu ditutup.

Isterinya iaitu Datin Azrene Soraya Abdul Aziz juga terpaksa melepaskan ‘hajat’ di sebalik semak samun di tepi lebuh raya tersebut.

” Kita orang memandu sampai 13 jam dari Penang ke Kuala Lumpur, biasanya 3 jam je! Tapi biasalah tu kan, travel time raya. Cuma stress sebab lain.

” Ya Allah, stress sebab R&R banyak yang ditutup, kesian semua orang yang terpaksa buang air tepi jalan, termasuk dalam semak samun termasuklah adik sayang (isteri) saya!

” Saya jadi #fastandfurious kejap, berhenti tepi jalan, ambik tuala untuk cover dia, lepas tu dia terus legakan diri dalam semak samun,” katanya.

Fazley berkongsi mengenai kejadian tersebut menerusi Instagramnya pada Isnin.

Sementara itu, Fazley berkata kejadian itu bukan sahaja dialami olehnya, malah pengguna lebuh raya yang lain turut menggunakan alternatif yang sama memandangkan tandas tidak berfungsi.

” Rupa-rupanya bukan kita orang je, ramai lagi terpaksa legakan diri tepi jalan macam kita orang. Kenapa tutup R&R time yang tak strategik PLUS, kasihan kami semua pengguna highway!,” katanya.

Dalam pada itu, Fazley memberitahu ini merupakan pengalaman pertama dia dan isteri menggunakan kenderaan berasingan ketika perjalanan ke sesuatu lokasi.

” Pertama kali saya dan adik sayang Azrene pandu kereta asing-asing bila travel, risau juga bila isteri tersayang pandu kereta lain. Kejap-kejap check dekat cermin, nak pastikan dia ada di belakang saya.

” Nasib baik dia cekap bawa kereta, pandai dia cilok sini-sana supaya tak berjauhan dari saya! You’re a superb driver Adik Sayang!,” tulisnya.

Rata-rata pengikut Fazley turut terkejut dengan perkongsian itu malah ada yang berkongsi pengalaman serupa.

” Saya semalam pun pergi rumah kakak, otw balik tu selalu dlm sejam 15 minit cenggitu.. Xpun sejam setengah paling lama.. Tp semalam balik dr rumah kakak ke rumah saya sampai 3 jam lebih..”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*