“Boleh Baca Tapi Tak Berapa Lancar…” – Mawar Rashid Berkongsikan Masuk Ke Kelas Bacaan Al Quran Untuk Melancarkan Bacaannya

“Boleh Baca Tapi Tak Berapa Lancar…” – Mawar Rashid Berkongsikan Masuk Ke Kelas Bacaan Al Quran Untuk Melancarkan Bacaannya

Dalam menghitung hari untuk menimang anak pertmanya, Mawar Rashid telah berkongsi bahawa dia juga sedang mempelajari bacaan Al Quran semula bersama seorang guru mengaji yang sebaya dengan umurnya.

Mawar mengatakan bahawa dia sememangnya sudah lama berniat untuk mengupah seorang guru supaya bacaanya lebih lancar dan dapat dekatkan diri lebih lagi dengan Al Quran.

Kapsyen Mawar di laman instagramnya ;

Memperkenalkan ustazah Mawar. Dia sama umur Mawar, and dia pun tengah pregnant sama bulan dengan Mawar. Sepanjang Mawar pregnant ni, Nad ni la jadi guru mengaji Mawar, lepas blajar iqra, we all sama2 baca Al-Quran untuk baby we all.. Memang niat Mawar sbelum pregnant lagi nak belajar balik untuk mengaji dengan lancar, agar Mawar lebih dekat ngan Al-Quran.

Disebabkan urusan kerja yang padat sebelum ini, Mawar juga terpaksa menangguhkan permulaan kelas tersebut kerana tidak sempat. Dia juga tidak malu untuk berkongsi bahawa dia masih kurang ilmu dalam bacaan Al Quran.

Tapi Mawar tak sempat lagi menguruskan masa Mawar atas urusan kerja yang terlalu padat. Jadi Mawar ambil kesempatan time preggy ni, untuk memulakan kelas mengaji yang telah lama ada dalam niat hati Mawar ni. Insyaa’Allah akan maintain kelas mengaji atau kelas apa2 demi menambahkan ilmu pengetahuan agama sampai bila2 pun tak apa. Itu hajatnya la, kita perlu dream big kan. Hehe.. Sebelum ni Mawar memang boleh baca Al-Quran, jangan salah faham ye, tapi tak beberapa lancar. Mawar tak malu untuk share sebab Mawar sedar ni kekurangan Mawar.

Buat apa kalau kita nak bangga dengan benda yang kita tak pandai/ tak ada kan? Biar hati ni jujur daripada kita menipu diri sendiri dan orang lain. Mawar punya goals, belajar sampai dapat baca Al-Quran dengan lancar, dan dapat menghayati ayat2 yang Mawar baca. Insyaa’Allah 💗 And Mawar share ni agar dapat memberi semangat kat org luar di sana yang kita tidak pernah terlambat untuk memulakan sesuatu yang baik. Mawar doakan agar kita semua sentiasa istiqamah(berterusan) hingga ke akhir hayat 💕

Komen netizen;

Slowly but surely…

Mudahan dipermudahkan…

Bagus Mawar, bab ni tak perlu malu…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: IG @mawarrashid

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*