“Arruwah ada dalam hati peminat saya dan dia” – Siti Nordiana

“Dia dah ada dalam hati…” – Siti Nordiana masih belum temui rakan duet setanding dengan arruwah Achik

Pemergian yang tiada galang gantinya, itulah yang dapat disimpulkan oleh penyanyi Siti Nordianan atau mesra disapa Nana, mengenai rakan duetnya, Allahyarham Achik Spin.

Walaupun telah ramai penyanyi lelaki berduet denganya, buat pelantun lagu Hatiku Milikmu, dia masih tidak dapat mencari seseorang yang sama karisma seperti arwah Achik.

Penyanyi itu yang ditemui dalam satu temubual menerusi program GIG bersama Siti Nordiana, berkata, dia dan Achik suatu ketika dahulu mempunyai peminat dan pengikut yang tersendiri.

“Zaman kegemilangan duet dengan arwah Achik tiada gantinya sampai sekarang, memandangkan kami ada peminat dan pengikut tersendiri…”

Arwah ada dalam hati peminat saya dan dia
Menurut Nana, walaupun arwah sudah lama pergi mengadap Ilahi, namun aura dan hasil seninya masih mekar dalam hati setiap peminat mereka.

“Arwah sudah sedia ada dalam hati peminat saya dan dia…”


Paling selesa bersama Khai Bahar…
Ditanya mengenai siapa antara yang paling selesa untuk berduet, Nana menyatakan, Khai Bahar, kerana dia menyifatkan penyanyi untuk boleh membawa lagu-lagu duet bersama Achik dengan baik.

Antara lagu selalu menjadi dendangan para peminat ialah, Paling Comel, Memori Berkasih dan Hadirlah Mustika..

Sumber : Media Hiburan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*