Dah Jadi Anak Teruna, Zarina Zainuddin Minta DM Siapa Yang Sudi Jadikan Azal Sebagai Suami Mereka

Fasa normal sebagai remaja kan? Moga Azal temui jodoh yang baik satu hari nanti, insyaAllah

Pelakon, Zarina Zainuddin mendedahkan salah seorang anak istimewanya, atau lebih sinonim dipanggil Muhammad Raizal Azrai Azal atau sinonim dipanggil Azal ada memberitahu ibunya, berhasrat mahu mendirikan rumah tangga.

Perkara itu dimaklumkan Zarina menerusi Instagram, hari ini.

“Azal anak yang baik.. azal dah dewasa rupanya. #netflixmovies.

“Azal cakap semalam dia nak kawin siapa yang sudi kawin dengan azal boleh dm saya
Tapi azal nak perempuan rambut panjang putih melepak tinggi lampai dan pandai baca AlQuran,” tulisnya bersama entri video pendek anaknya itu.

Nyata aksi gurau spontan di antara dua beranak ini membuatkan ramai terhibur, apatah lagi apabila melihat gelagat si anak yang tersipu malu apabila ditegur si ibu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Azal anak yang baik.. azal dah dewasa rupanya.. #netflixmovies Azal cakap semalam dia nak kawin siapa yang sudi kawin dengan azal boleh dm saya Tapi azal nak perempuan rambut panjang putih melepak tinggi lampai dan pandai baca AlQuran 💕

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Menjengah ke ruangan komen, para peminat mendoakan agar Azal ditemukan dengan jodoh yang baik, suatu hari nanti.

Selain Azal, Zarina turut mempunyai seorang lagi anak kembar autisme bernama Muhammad Razil Azrai atau lebih dikenali dengan nama Azil.

Foto: Zarina Zainuddin

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*