Langg4r Sekaligus Empat Ferrari ‘Parking’, Ini Yang Terjadi Kepada Lelaki Penghantar Barang

Nasib mal4ng seorang penghantar barang yang melangg4r empat kereta Ferrari dalam kemal4ngan ketika pulang bekerja mendapat simpati pengguna media sosial yang berjaya mengumpul derma lebih £135,000 (RM723,289) untuk membantunya membayar ganti rug1.

Daily Mail melaporkan, Lin Chin-Hsian, 20, yang bekerja sebagai pemandu penghantaran makanan dikatakan terlelap ketika memandu akibat kepenatan sebelum mer3mpuh kenderaan mewah berkenaan.

Kejadian berlaku pada awal pagi 16 Disember lalu, apabila Lin yang bekerja demi membantu ibu menyara keluarga memandu pulang selepas tamat syif malam.

Kerana terlalu penat, dia terlena seketika lalu mer3mpuh tiga kereta jenis Ferrari 488 dan Ferrari F12 menyebabkannya terpaksa membayar ganti rug1.

Semua kereta mewah itu dikatakan diletakkan pemiliknya di tepi jalan dan kemal4ngan itu mendapat liputan meluas di Taiwan namun orang ramai merayu pemilik Ferrari terbabit mema4fkan Lin.

Menurut Jabatan Kebajikan Sosial New Taipei, seramai 830 orang menyalurkan derma kepada Lin dan keluarganya kerana tersentuh dengan kemisk1nan pemuda terbabit.


BAHAGIAN belakang Ferrari yang rosak. FOTO Daily Mail

Balai polis turut dihujani dengan panggilan orang ramai yang bersedia untuk memberi derma kepada Lin dan ada individu bernama Chen memberi sumbangannya lebih £5,000 (RM26,788), lapor Epoch Times.

Sejak kemat1an bapa lima tahun lalu, dia dan dua lagi adik beradiknya dibesarkan ibu yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan.

Lin berkata, dia bersyukur kerana orang ramai begitu baik hati untuk menawarkan bantuan dan memberi sokongan kepadanya.

“Ada di antara mereka sanggup memandu ke tengah bandar Taiwan dan bertanya di mana untuk menderma wang kepada saya,” katanya.

Lin yang pernah melanjutkan pengajian di Universiti Sains dan Teknologi Tenggara namun terp4ksa berhenti untuk membantu ibunya.

BBC melaporkan, salah seorang pemilik kereta mewah itu berasa serba sal4h namun dia tetap memerlukan ganti rug1 untuk membaiki ker0sakan.


LIN (bertopi) menerima sumbangan dari netizen yang simpati. FOTO Daily Mail
SUV yang dipandu Lin. FOTO Daily Mail

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: HMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*