40 Tahun Tak Basuh Rambut, Ini Sebab Warga Emas Ini Lakukannya

RAMAI akan berasa tidak selesa dan gat4l kepala jika tidak membasuh rambut selama beberapa hari.

Namun berbeza pula dengan Sakal Dev Tuddu, 63, yang tidak membasuh rambut dreadlocks selama 40 tahun.

Menurut Sakal, rambutnya itu adalah rahmat daripada Tuhan.

Malah jirannya di daerah Munger di negeri Bihar, India memanggilnya sebagai Mahatma Ji sebagai tanda hormat.

Sakal berkata Tuhan mengarahkannya untuk tidak mem0tong rambut, berhenti minum dan juga tidak merokok.

Sakal tidak mempunyai masal4h menyimpan rambut panjang.

Untuk memastikan kebersihan rambutnya itu, Sakal akan mengikat rambut tersebut dengan kain putih setiap kali keluar supaya ia tidak terkena lantai.

Dia juga dikenali sebagai penyembuh di kalangan masyarakat India dan ramai sanggup datang dari jauh untuk bertemu dan bergambar dengannya.

Sakal bekerja di jabatan perhutanan selama 31 tahun dan tinggal dengan isterinya, Rupiya Devi dan juga enam anaknya serta tujuh cucu.

Dia berkata isterinya tiada masal4h dengan keadaan rambutnya itu.

Rekod rambut terpanjang di dunia dimiliki Asha Mandela dari Florida dengan catatan 34 meter pada 2018 ketika dia berusia 55 tahun. – Metro.co.uk

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*