AirAsia Mohon Ma4f…Dan Ini Penjelasannya

SYARIKAT penerbangan tambang rendah, AirAsia memohon ma4f berhubung insiden 12 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi yang diarah turun daripada pesawat kerana didakw4 tiada surat kebenaran ibu bapa.

Jurucakap AirAsia dalam satu kenyataan memaklumkan, perkara itu sudah selesai dan semua ibu bapa sudah dihubungi untuk diberikan penjelasan lanjut berhubung insiden itu.

“Keselamatan dan kesejahteraan semua penumpang menjadi keutamaan kami dan siasatan menyeluruh sedang dilakukan ketika ini.

“Hasil siasatan membolehkan kita mengambil tindakan pembetulan untuk menceg4h kes yang sama di masa akan datang,” katanya.

Menurutnya, kumpulan remaja terbabit dapat menaiki penerbangan lain AirAsia dan sekali lagi pihaknya meminta ma4f atas insiden itu.

Sebelum ini, tul4r di media sosial dan WhatsApp mengenai 12 pelajar MRSM Langkawi diarah turun ketika ingin menaiki penerbangan AK6317 dari Langkawi ke Kuala Lumpur.

Pesawat yang sepatutnya berlepas pada 4.10 petang, kelmarin itu mendatangkan kemar4han kepada segelintir ibu bapa serta keluarga yang meluahkan perasaan tidak puas hati dengan layanan diberikan kepada kumpulan pelajar itu apabila anak mereka diarah turun tanpa alasan munasabah.

Ahli keluarga dikenali Nina Tariq dalam Facebooknya meluahkan tindakan syarikat penerbangan itu seolah-olah men1ndas remaja berkenaan tanpa memikirkan ibu bapa yang sudah menunggu anak masing-masing di lapangan terbang.

“Ini berlaku kepada adik saya. Bayangkan bapa saya sudah keluar rumah jam 4 lebih untuk menjemput adik di lapangan terbang.

“Tiba-tiba adik naik penerbangan jam 8 malam. Senang mereka t1ndas budak-budak ini tanpa fikirkan ibu bapa yang tengah menunggu anak nak balik.

“Kalau alasan sebab ‘consent letter’ (surat persetujuan), memang tak munasabah. Syarat untuk penjaga tandatangan surat persetujuan untuk mereka bawah 16 tahun saja,” katanya.

Katanya lagi, adiknya sudah berusia 16 tahun dan tidak memerlukan surat persetujuan, malah sepatutnya mereka tidak dihal4u sebegitu rupa.

“Mereka sepatutnya periksa dulu sebelum dibenarkan masuk. Kalau sal4h kenapa selama ini elok saja mereka ulang alik selama ini,” katanya.

Seorang lagi ahli keluarga, Hazwani Nazaruddin meluahkan perasaan sama selepas adiknya juga dihal4u keluar daripada pesawat itu.

“Juruterbang tidak membenarkan mereka berada terbang atas alasan bawah umur, tetapi jelas dalam syarat pembelian mereka hanya kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah memerlukan surat persetujuan ibu bapa,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*