Seekor Pak Belang Ditumb4ngkan, Akhirnya…

DUNGUN – Selepas hampir 24 jam operasi mengesan dilakukan, akhirnya seekor harimau belang yang berkeliaran di Kampung Besol Lama di Bukit Besi, Dungun berjaya ditumb4ngkan kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata, sebelum ditemb4k, anggotanya yang melakukan operasi mengesan harimau itu sedang berehat di dalam belukar tersebut.

Harimau jantan itu ditemb4k dengan ubat pelali oleh anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu di kawasan belukar kira-kira 500 meter dari jalan utama kampung itu.

“Seramai lapan anggota kita terp4ksa mengangkat harimau ini naik ke atas lori selepas haiwan itu didapati benar-benar tidak sedarkan diri setelah ditemb4k peluru pelali,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

“Harimau yang ditangk4p ini merupakan spesis Harimau Malaya dianggarkan berusia 5 tahun dan berat kira-kira 130 kilogram.

Abdul Malek berkata, harimau yang diberi gelaran sebagai ‘Awang Besol’ itu akan dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar di Sungai Perak untuk rawatan dan ditempatkan di situ.

Abdul Malek (tengah) bersama pemimpin penduduk dan anggotanya menunjukkan harimau yang berjaya ditangk4p.

Operasi mengesan itu yang masuk hari kedua hari ini membabitkan kekuatan seramai 20 anggota Perhilitan dan empat anggota polis yang dimulakan pada jam 6.30 pagi.

Katanya, operasi mengesan akan diteruskan bagi menjejaki seekor lagi harimau belang yang berkeliaran di kampung itu sebagaimana yang did4kwa penduduk.

Sebanyak dua buah per4ngkap dipasang di dalam kawasan hutan kampung itu dan ayam dijadikan sebagai ump4n dalam usaha untuk men4ngkap haiwan tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Besol, Nasharuddin Mohd Salleh melahirkan rasa lega dengan kejayaan penangk4pan seekor daripada harimau terbabit.

“Lega sikit penduduk di sini dan kita harap seekor lagi dapat segera dit4ngkap dalam tempoh terdekat sebab difahamkan Perhilitan akan teruskan operasi dan pantau kawasan ini selama tiga hari lagi,” katanya.

“Alhamdulillah hasil kerja keras Perhilitan dan polis ia membuahkan hasil.

Dua ekor pak belang dikesan berlegar-legar di Kampung Besol Lama semalam sekali gus menggemparkan penduduk dan kejadian itu turut tul4r di media sosial.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*