Alha Alfa Risau Fikirkan Wang Hantaran, Tindakan Bakal Mentua Memang Tak Disangka-Sangka; Ini Yang Berlaku

ISU wang hantaran sering menjadi perdeb4tan hangat malah baru-baru ini seorang gadis dikec4m t3ruk di media sosial gara-gara meminta sekurang-kurangnya RM15,000 kerana mengenggam segulung Ijazah Sarjana Muda.

Namun berlainan pula bagi pasangan usahawan Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau dikenali sebagai Alha Alfa, 31, yang berkongsi kisah menarik ketika ingin melamar bakal isterinya, Noor Azlin Ismail.

Cerita Alha, ketika dia menghubungi ibu Azlin bagi meminta izin untuk menghantar rombongan meminang, dia terkejut apabila wanita itu tidak menetapkan sebarang harga sebagai wang hantaran.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 29 Disember tahun lalu di Taiping, Perak. 

Sebaliknya, bakal ibu mentuanya itu melahirkan rasa syukur kerana Alha sudi memperisterikan anak kesayangannya dan meminta dia sendiri berbincang dengan Azlin tentang wang hantaran.

“Detik paling merisaukan apabila telefon mak beliau minta izin untuk lebih serius dan nak masuk meminang. Telefon nak tanya berapa wang hantaran.

“MashaAllah mak beliau cakap saya nak ambil anak dia sebagai isteri pun dah syukur dan tidak kisah tentang wang hantaran, malahan dia minta saya berbincang dengan Azlin sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Alha berkata, selepas berbincang, Azlin juga tidak meletakkan sebarang amaun tertentu sebaliknya hanya meminta senaskhah al-Quran.

Alha dan Azlin, 23, mengikat tali pertunangan pada 29 Disember tahun lalu di kediaman wanita itu di Taiping, Perak dan pasangan itu dijangka disatukan sebagai suami-isteri pada 29 September depan.

Alha memberitahu dia terkejut apabila bakal ibu mentuanya tidak kisah mengenai soal wang hantaran.

“Terharu saya apabila dia kata begitu dan memberitahu tidak bagi apa-apa pun tidak mengapa. Syukur, masih ada rupanya insan yang ikhlas,” katanya.

Pun begitu, gurauan Azlin untuk menyarungkan baju rekaan Datuk Rizalman Ibrahim pada hari bahagia mereka nanti ditunaikan Alha apabila dia membuat kejutan membawa tunangnya itu ke butik pereka fesyen terkenal itu.

Kata Alha, meskipun ia sekadar gurauan namun sejak itu dia tekad untuk menyimpan wang dan berusaha menunaikan hasrat bakal isterinya itu.

Sementara itu, Alha berkata, sekiranya seseorang wanita itu ikhlas, soal wang hantaran tidak akan menjadi isu kerana pihak lelaki akan berusaha sedaya upaya dalam membuat persediaan perkahwinan untuk menggembirakan bakal isteri mereka.

“Alhamdulillah semalam senyap-senyap Alha bawa dia ke butik untuk berjumpa dengan Datuk Rizalman dan syukur semuanya berjalan lancar,” ujarnya.

Alha bersyukur dipertemukan dengan Azlin. 

Bagaimanapun katanya, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu sekiranya wujud persefahaman di antara kedua-dua belah pihak kerana paling penting kehidupan selepas berkahwin.

“Kalau ukuran hantaran itu dibuat melalui taraf pendidikan tak semua mampu, sudahnya ramai lelaki takut nak kahwin dengan perempuan bijak sebab takut wang hantaran tinggi.

“Sepatutnya selepas berkahwin kita nak gembira, bahagia… kalau hantaran lepas untuk kenduri pun dah ok.

“Apa yang lebih penting untuk difikirkan adalah selepas berkahwin nanti lagi banyak duit akan digunakan untuk kehidupan bersama,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*