Amir Imbau Kenangan Merisik Isterinya Bersama Seorang Sahabat Sahaja

Mohammad Amirullah bin Azmi atau lebih dikenalli sebagai Amir Raja Lawak 3 adalah merupakan seoranng pelawak, pelakon & pengacara di Malaysia kini melebarkan sayapnya dan akan bergandingan bersama pendatang baru dalam arena lawak negara iaitu Asyraf Fahmy bersama rakan-rakan beliau bernama Amzar Ismail dan Wafiaboy.

Baru baru ini, salah seorang anggota kumpulan WASAP, Amir berkongsi semula kenangan ketika pertama kali merisik isterinya, Nur Intan Syafinaz Shaari bersama seorang sahabatnya.

Menerusi status yang di muat naik kan di entri Instagram (IG), Amir telah berkongsi semula gambar ketika diambil semasa hari kejadian.

“Masa pergi merisik wife @intan.saari saya dulu, pegi berdua je dengan sahabat saya Azrai.

“Hati kering oo pergi mintak nak jaga anak orang macam tu je. Masa ni juga saya aktif jual sabun basuh pakaian, buat delivery sendiri ke rumah customer.

“Sapa pernah beli dulu dengan saya? Sekarang tak jual dah sabun, saya jual @airjagungamirreka_hq pula,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata kagum dengan keberanian yang ditunjukkan oleh Amir dalam menghalalkan pasangannya.

“@mizie77_: Hebat demo @amirrajalawak pergi mintak sendiri anak orang.”

“@saimieisma: Nak buat masjid Amir. Takut gapo dop.”

“@_izzulislam: Bagus Amir. Tak malu buat kerja itu ini. Rezeki ini luas, siapa usaha dia akan dapat.”

Dalam perkembangan lain, Amir kini muncul dalam program Muzikal Lawak Superstar (MLS) bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Selain Amir, kumpulan WASAP turut dianggotai oleh Syura dan Wan Gegau.

Apa Pendapat Anda Dah Baca?? Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom ke page Limau Madu Press untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber: kecohbetul

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*