Anak lambat berjalan Sari Yanti tak sangka Dariya Inara lakukan ini tanpa sedar

Usia anak pasangan selebriti Jep Sepahtu dan Sari Yanti sudah pun mencecah setahun tiga bulan. Keletah comelnya kerap kali dimuat naik oleh mereka ke Instagram masing-masing ataupun Instagram anaknya sendiri.

Sari Yanti yang sekarang dilihat lebih menumpukan perhatian terhadap keluarga dan anak-anak, sering berkongsi aktiviti harian mereka di laman sosial. Begitu juga Jep yang masih menjadi penyampai radio di Sinar FM. Terharu dan terkejut kerana tindakan spontan anak mereka membuatkan peminat turut sama gembira.

VIDEO:

Siang tadi, Sari Yanti telah pun memuat naik satu rakaman video anak perempuannya yang baru pandai berjalan sendiri. Dariya sudah pun berjalan tanpa dibantu atau dipimpin oleh sesiapa. Siapa sangka, sekian lama anak beliau gemar berpaut setiap kali berdiri. Kini tanpa disangka, anak mereka mampu berdiri dan berjalan sendiri tanpa bantuan atau memegang apa sahaja.

Paastinya perkara ini menggembirakan hati Jep dan Sari yanti.

Min harap dan doakan yang baik baik untuk mereka sekeluarga

Sumber : Astrogempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*