Isu Baju Jarang; Anggap Kritiikan Netizen Sebagai Nasihat, Ini Yang Nabila Razali Lakukan

Penyanyi Nabila Razali menganggap, krit1kan netizen terhadap pakaiannya baru-baru ini sebagai nasihat untuk menjadikan dirinya lebih baik pada masa akan datang.

Pelantun lagu Pematah Hati itu berkata, dia tidak mahu cepat melent1ng, lebih-lebih lagi apabila membaca komen peminat pada gambar-gambarnya di Instagram.

“Jika mereka rasakan apa yang saya muat naik tidak sesuai, saya akan cuba tidak mengulangi apa yang telah saya kongsikan sebelum ini,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

“Apabila saya mahu berkongsi gambar di laman sosial, saya tidak pernah terfikir tentang perkara-perkara negat1f yang akan disuarakan netizen selepas gambar tersebut dimuat naik.

Nabila mengulas tentang komen netizen mengenai baju yang dikenakan baru-baru ini terlalu jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh.

Tegas Nabila, dia mengenakan selapis lagi pakaian berwarna merah jambu sebelum menyarung blaus berona putih tersebut.

“Saya jadikan Instagram sebagai platform untuk berkongsi rutin harian saya sebagai penghibur. 

Nabila berkata, dia mahu menjadikan akaun Instagramnya sebagai sebuah album yang variasi.

“Justeru, apa yang saya rasakan sesuai, saya akan kongsi,” katanya lagi.

Sebelum ini, Nabila pernah dikritik kerana memuat naik gambar sedang memerah susu lembu sewaktu menjalani penggambaran sebuah program travelog di Australia. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*