Baiknya cikgu Farrah…Tolong Bawa Balik Baju Anak muridnya Yang Kotor Untuk Basuh dan Ini sebabnya

“BUKAN niat saya mengaibkan sesiapa, namun atas dasar tanggungjawab sebagai guru yang mahu anak murid selesa dan bersih, saya sanggup membasuh pakaian seragam itu”.

Itu niat murni guru, Farrah Norashikin Juhari, 37, yang sanggup membasuh pakaian seragam murid perempuannya berusia lapan tahun yang tular di laman sosial.

Guru pendidikan jasmani di sebuah sekolah rendah di Alor Setar, Kedah itu berbuat demikian berikutan kasihan melihat kanak-kanak itu berpakaian kotor dan berbau walaupun sudah ditegur berulang kali.

“Banyak kali saya tegur murid itu supaya tampil berpakaian bersih, namun setiap kali ditegur dia mengangguk saja.

“Ada guru turut bekalkan dia pakaian seragam baru yang diwakafkan majlis agama Islam negeri untuk murid kurang berkemampuan namun dia tetap memakai pakaian sama,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, tidak tahan melihat pakaian seragam itu yang kotor dan hitam, dia mengambilnya daripada murid berkenaan untuk dibasuh kelmarin dan merendam selama dua hari.

“Ketika membasuh tudung dan baju seragam ini, saya sebak dan hati terasa belas kasihan, macam mana dia boleh memakai baju sekolah itu dalam keadaan seolah-olah selesa.

“Saya bersungguh menggosok semua kekotoran di bajunya dan hari ini (semalam) saya serahkan kepadanya dalam keadaan bersih,” katanya. 

Pakaian seragam murid perempuan yang belum dibasuh. FOTO Ihsan Farrah Norashikin

Menurutnya, perkongsian kisah itu bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi sebagai pedoman untuk ibu bapa lain supaya sentiasa menjaga penampilan anak di sekolah.

“Kebersihan juga penting untuk anak menimba ilmu, yang penting keselesaan dan tidak malu untuk bercampur dengan rakan lain.

“Saya tidak mahu menyentuh mengenai ibu bapanya, memadai untuk saya kongsi mengenai hati guru yang begitu menyayangi anak murid seperti anak sendiri,” katanya.

Akuinya, ketika mengambil keputusan membawa pulang baju itu untuk dicuci, ramai rakannya tidak bersetuju dengan cadangan itu.

“Namun saya tetap bertegas kerana rasa tanggungjawab terhadap anak murid sendiri mengatasi segala-galanya.

“Apabila saya bertanya murid ini pelbagai soalan yang saya ingin tahu, dia hanya mengangguk saja, sedangkan dalam kelas dia aktif. Namun setahu saya murid ini bukan berasal daripada keluarga susah,” katanya.

Katanya, apa yang dilakukannya bukan untuk menunjuk tetapi hakikatnya niat seorang guru yang ikhlas ingin membantu.

“Tiada niat lain selain ingin melihat dia tersenyum, jadi saya mohon tolong jangan hina sesiapa kerana niat saya hanya satu, memperoleh sedikit pahala,” katanya.

Posting Asal

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*