Berlaku Adil Ni Bukan Bab Kahwin Je. Dengan Isteri, Ibu Ayah Pun Kena Sama Rata. Dua- Dua Tiket Ke Syurga. Sebab Tu Tak Mudah Jadi Anak Lelaki

Siapa yang kahwin untuk bercerai kan, rumah tangga yang disemai, dibaja sentiasa subur namun akhirnya terputus ditengah jalan.Wanita mana yang sanggup menjadi ibu tunggal atau bahasa kasarnya janda. Perkahwinan pertama itu kalau boleh adalah yang terakhir  bagi mereka. Perbalahan dan segala masalah cuba ditangani supaya keruh yang melanda kembali jernih. Namun siapa kita mahu menidakkan takdir. Andai itu takdirnya, reda dan pasrah menerima ketentuan tersebut.

Percayalah, apabila seseorang perempuan itu nekad memfailkan penceraiannya di mahkamah maka perempuan itu sudah mengumpul segala kekuatan yang ada untuk menempuh hari penceraiannya dia mahkamah.

Justeru untuk panduan bersama, jagalah rumah tangga kita, bajalah ia dengan penuh kasih sayang….hargailah pasangan anda..selagi dia masih ada bersama anda.

Semoga perkongsian dari Adibah Ratna Imani menjadi panduan buat kita semua dalam melayari alam rumah tangga supaya kekal sehingga ke jannah.

Sedih dengar cerita Fizo, Mawar.

Yea. Orang ketiga ni tak semestinya penyondol suami kita atau kita yang tersondol. Orang ketiga ni boleh jadi ahli keluarga, ibu ayah adik-beradik.

Jadi anak lelaki ni bukan senang. Berlaku adil ni bukan bila kawin ramai je. Dengan isteri, ibu ayah pun kena sama rata. Dua dua pun tiket ke syurga.

Selesai hal kamu dengan mak ayah tapi terbengkalai hati isteri,kecundang juga pahala tumpah entah kemana..ini lah yg dikatakan yg dikendong berciciran..yang dikejar tak dapat.

Kalau tidak Islam tidak akan meletakkan hak nafkah itu pada isteri dulu dibaris awal dan paling atas,mak ayah di baris bawah bawah selepas cukup kelengkapan isteri anak2 dan diri sendiri.sebab isteri itu amanah yang anak lelaki kamu pilih untuk dikendong.maka dia wajib mematuhi.itu hukum bukan bodoh.

Kadang kadang anak anak dah faham situasi ini tapi kekangan dan tekanan dari pihak orang tua membataskan suami menjadi suami yg benar benar baik.

Tolong isteri dikata menghambakan anak lelakinya

Beli itu ini pada isteri dikata isteri merampas atau jadi kuku besi pada suami

Suami penyayang pada isteri anak anak dikata isteri bomoh mandrem

Sebenarnya mak ayah…itu tiket anak lelaki kamu ke syurga..Rasulullah sangat menyantuni istri beliau..jangan lah masuk campur urusan keluarga anak2..doakan yg baik baik.

sebagaimana mak sendiri mahukan ayah menyantuni mak,sebagaimana mak mahukan anak perempuan mak disantuni menantu lelaki mak,begitu jua lah anak perempuan orang perlu disantuni anak lelaki mak…

Sebenarnya ibu ayah pun tak kenal perangai anak dia. Yang kenal perangai anak dia, bangun pagi tak lipat selimut ke terbongkang sampai tengahari ke malas kohong ke mulut macam hanat ke kaki pukul ke semua dia laki bini hadap dan bini yang tido duduk sebantal seselimut saja tahu.

Mak ayah bradik sdaramara sahabat semua tak kenal siapa anak lelaki nya yg sebenar..yg dia kenal dan kata apa yang dia nampak saja yang banyak kepuraan dan lakonan mungkin.

Sebab tu tugas ibu ayah, adik beradik ni jadi aircond bagi sejuk. Jangan jadi microwave pulak.

‘saya korbankan kasih sayang demi kebahagian fizo sekeluarga’

Sebenarnye dah banyak berlaku kes macam yang sy tulis ni..

Apepun kita semua tak tahu apa sbenarnya berlaku antara mereka kan..dari hati peribadi sy yang menulis sangat berharap fizo mawar kembali bersama…aamiin…

“Pesan untuk mak ayah islam seluruh dunia,jangan guna kuasa kita sebagai mak ayah untuk hancurkan rmh tangga anak lelaki anda..sebenarnya anda sedang menghantar anak anda ke neraka…”

Adimanja Kekal Hebat HQ

#AdibahRatnaImani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Keluarga

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*