Buat 3 Kerja Tapi Tinggal Rumah Mentua, Lelaki Ini Bagi ‘Alasan’

PERKONGSIAN foto mengenai pekerja Pos Laju yang melakukan kerja penghantaran makanan Grabfood baru-baru ini cukup meruntun hati netizen.

Ramai yang kagum dengan kesungguhannya, malah ramai pula yang simpati kerana terpaksa melakukan dua pekerjaan pada satu masa.

Susulan itu, seorang individu di Twitter turut tampil berkongsi kisah yang hampir sama.

Menurut Raja Noor Firdaus Raja Nooraizat, 23, dia sudah melakukan lebih dari satu pekerjaan sejak beberapa bulan lalu.

Firdaus bersama isteri dan anaknya.

“Saya dah tiga tahun penghantar barang untuk Lazada. Bermula tahun ni, saya tambah satu lagi kerja sebagai penghantar makanan Grabfood.

“Selain itu, saya dan isteri juga ada jual kerepek. Isteri juga ada ambil tempahan makanan dan jadi jurumekap sambilan.

“Saya mula-mula tengok orang kongsi pasal abang Pos Laju tu. Saja la kongsi juga situasi sama, tak sangka pula viral,” katanya yang mesra disapa Firdaus kepada mStar.

Menurutt bapa kepada seorang cahaya mata ini, dia mempunyai sebab tersendiri untuk melakukan lebih daripada satu pekerjaan.

Kata Firdaus, dia yang kini menetap di kediaman ibu bapa isterinya, Nurul Nabila Shamsudin, 22, di Keramat, Kuala Lumpur bercadang untuk membeli rumah sendiri tidak lama lagi.

“Saya ada target nak beli rumah. Buat satu kerja je susah nak buat permohonan. Nak kukuhkan kewangan dulu.

“Target saya dalam masa setahun nak beli rumah. Kami pun dah kahwin tiga tahun.

“Memang penat, masa minggu mula-mula buat dua kerja tu, badan rasa tak sihat. Tapi bagi saya berbaloilah.

Perkongsian seorang individu mengenai pekerja Pos Laju yang turut menawarkan khidmat GrabFood memberi inspirasi kepada Firdaus untuk berkongsi kisahnya.

“Kalau dah ada target, memang kita akan push diri untuk capai apa yang dimahukan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Firdaus turut bersyukur dengan respon positif yang diterimanya menerusi laman sosial.

Selain menerima lebih 1,000 ulang kicau (Retweet), foto yang dimuat naik Firdaus turut dihujani komen-komen netizen.

Malah, ia seolah-olah membuka mata orang ramai agar lebih menghargai penghantar-penghantar barang dan makanan yang sentiasa bekerja keras untuk masyarakat.

“Harap semua masyarakat menghargai khidmat dan tugasan pekerja sebegini. Kalau jumpa bagi sedikit air atau gula-gula. Mereka berpanas berhujan, bersesak kadangkala tiada waktu makan dan rehat. Mereka penghubung dan penyampai barangan dan pesanan,” tulis @nazarninetysix.

“Hebatnya, saya doakan supaya awak sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam apa jua urusan awak,” tulis seorang lagi pelayar Twitter.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*