“Dulu Kalau Mak Naik H4ntu, Dia Kej4r Aku Dengan …..” Ini Luahan PU Azman

Penceramah bebas, Pencetus Ummah (PU) Azman berkongsi luahan rasa rindu terhadap arwah ibunya, Fatimah Taat.

Menerusi entri di Instagram, PU Azman yang menziarahi pusara arw4h ibunya menjelaskan perasaan rindu yang ada dalam hatinya sukar untuk diungkapkan.

PU Azman turut mengimbau kenangan bersama ibunya.

“Aku t4kut kehilangan, semua orang t4kut kehilangan. Tapi bila Allah takdirkan sebuah keh1langan, rupanya Allah nak anugerahkan sebuah rasa. RINDU. Rindu yang menyingkap kenangan.

“Masa Mak ada dulu, dia masakkan lauk kegemaranku. Masak lemak cili api tenggiri, sambal ikan selar dan sayur goreng tanpa seafood. Sekarang ni akak yang selalu masakkan untuk aku. Persis masakan Mak.

“Aku dibesarkan oleh beberapa wanita agung. Mak panggil aku adik. Kalau dia meng4muk, dia panggil nama penuh. Dulu kalau mak naik h4ntu, dia kej4r aku dengan rotan.

“Aku cari meja. Berlari keliling meja. Akak akan back up. Dulu kalau nak tinggalkan Mak masa nak balik rumah aku, Mak akan berdiri di muka pintu sambil lambai aku. Sampai hilang dari pandangan, dia masih berdiri dengan tenaga tuanya.

“Sekarang ni Mak yang t1nggalkan aku. Macam nak masuk dalam perut Mak balik. Taknak pergi ke mana-mana. Sekarang ni, kalau nampak wanita wanita tua, memang aku j4tuh sayang, sebab teringat mak. Aku anggap mereka macam mak aku,” tulisnya.

Di kapsyen yang sama, PU Azman turut sempat berseloroh dengan mended4hkan yang bapanya tidak mempunyai teman wanita baharu.

“Harapan aku tinggi. Nak jumpa mak di sana. Tapi tak tahulah ke mana Tuhan letak aku nanti. Tapi selagi masih hidup, aku cuba usaha terbaik untuk diri sendiri dan doa terbaik untuk mak.

“Aku pun tak pasti Mak tahu ke tak yang kat tengkuk aku ada taik lalat. Sekarang ni aku masih ada Abah. Mak jangan risau Mak, Abah tak ada awek lain,” tulisnya lagi.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Aku takut kehilangan, semua orang takut kehilangan. . Tapi bila Allah takdirkan sebuah kehilangan, rupanya Allah nak anugerahkan sebuah rasa. RINDU. Rindu yang menyingkap kenangan. . Masa Mak ada dulu, dia masakkan lauk kegemaranku. Masak lemak cili api tenggiri, sambal ikan selar dan sayur goreng tanpa seafood. . Sekarang ni akak yang selalu masakkan untuk aku. Persis masakan Mak. . Aku dibesarkan oleh beberapa wanita agung. Mak panggil aku adik. Kalau dia mengamok, dia panggil nama penuh. . Dulu kalau mak naik hantu, dia kejar aku dengan rotan. Aku cari meja. Berlari keliling meja. Akak akan back up. . Dulu kalau nak tinggalkan Mak masa nak balik rumah aku, Mak akan berdiri di muka pintu sambil lambai aku. Sampai hilang dari pandangan, dia masih berdiri dengan tenaga tuanya. . Sekarang ni Mak yang tinggalkan aku. Macam nak masuk dalam perut Mak balik. Taknak pergi ke mana-mana. . Sekarang ni, kalau nampak wanita wanita tua, memang aku jatuh sayang, sebab teringat mak. Aku anggap mereka macam mak aku. . Harapan aku tinggi. Nak jumpa mak di sana. Tapi tak tahulah ke mana Tuhan letak aku nanti. Tapi selagi masih hidup, aku cuba usaha terbaik untuk diri sendiri dan doa terbaik untuk mak. . Aku pun tak pasti Mak tahu ke tak yang kat tengkuk aku ada taik lalat. . Sekarang ni aku masih ada Abah. Mak jangan risau Mak, Abah takder awek lain. Tukang foto @zrq.zqn

A post shared by Azman Syah (@pu_azman) on

Menerusi ruangan komen rata-rata mengakui tersentuh dengan luahan yang dilakukan oleh PU Azman dan ada juga meluahkan rasa rindu buat ibu mereka.

“@azzazawari: Sedih tapi bab last tu lucu ustaz! Apa pun bertuah mak ustaz ada anak yang soleh alhamdulillah aamiin.”

“@norasikinrazali: Aammiin. Bersyukur dapat anak yang sentiasa mendoakan untuk orang tuanya, semoga Allah permudahkan segala urusan mak dan ustaz juga.”

“@zana_dyg_zanariah: Sebak baca. Walaupun last ayat tu ada unsur lucu tapi paham apa yang tersirat. Terima kasih Cik Man, sentiasa mengingatkan kami yang kadang-kadang lupa.”​

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*