Ebit Lew Kemal4ngan, Kereta Tiba-Tiba Dihimp1t; Ini Yang Berlaku

SEREMBAN – Penceramah, Ustaz Ebit Lew ced3ra ringan dalam kemal4ngan dekat Lebuhraya Utara-Selatan di Seremban, hari ini.

Berkongsi di laman Facebooknya, Ebit memaklumkan, kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi tadi.

Ketika itu, dia bersama dua lagi rakan dalam perjalanan balik dari Pasir Gudang menuju ke Kuala Lumpur.

“Saya bertiga. Ada kereta masuk ke kanan tiba-tiba himpit kereta saya. Takde (tiada) kereta lain di highway (lebuh raya).

“Saya cuba elak sampai hampir kena divider (pembahagi jalan) kanan.

“Dua-dua hampir terbal1k. Saya tercamp4k ke depan. Sempat mengucap. Terh3ntak kuat juga. Sak1t badan dengan hidung,” katanya, hari ini.

Kereta Ustaz Yang R3muk Di Bahagian Hadapan

Berikut Adalah Biodata Ustaz Ebit Liew:

Biodata Ustaz Ebit Lew | Dengan tagline ‘keluarga sunnah’, dan sentiasa menyeru umat Islam untuk mengikut cara hidup Baginda Nabi SAW, sudah cukup membuatkan Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew atau nama komersialnya ‘Ustaz Ebit Lew‘ disegani dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Beliau pernah berkongsi cerita dengan para pendengar mengenai kehidupan yang dilaluinya sehingga berada pada tahap kini di ruang radio Ikim.fm dalam Slot Islam Agamaku. Sungguh, siapa sangka beliau yang asalnya berketurunan Cina ini dijentik dengan hidayah Allah SWT ketika berusia 12 tahun.

Pada masa kecilnya, beliau merupakan seorang murid yang nakal namun terbuka hati untuk mulai belajar mengenal Islam melalui salah seorang gurunya. Dan bermula saat itulah, beliau tekun mempelajari tatacara solat serta mengajak ahli keluarganya yang lain untuk mendekati agama suci Islam.

Biodata Ustaz Ebit Lew

Nama Penuh : Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau

Tarikh Lahir : 21 Disember 1984

Umur: 33 Tahun (2017)

Asal : Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur

Keluarga: Anak ke-3 dari 12 orang adik-beradik

Bangsa : Cina

Agama: Islam

Status : Berkahwin

Pendidikan :

SK Bukit Ridan (1991-1996) SMK Muadzam Shah (1997-1999) SM Teknik Johor Bahru (2000-2001) SMK Abdul Rahman Talib (2002-2003) Universiti Putra Malaysia (UPM)

Pencapaian :

Penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M. Penceramah Motivasi/Perunding Latihan di Excel Training di bawah bimbingan Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Tahir selama 4 tahun. Memberi ceramah di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand, Pakistan, India, dan Singapura. Penceramah slot motivasi pagi, Slot Islam Agamaku, Islam Itu Indah, Usrah Nurani dan lain-lain di radio IKIM.fm dan Sinar.fm. Panel jemputan di pelbagai media massa seperti TV Al-Hijrah. Telah mengendalikan lebih 1,000 kursus di agensi-agensi kerajaan dan swasta meliputi modul dalam bidang pembangunan manusia, kerja sebagai ibadah, kepemimpinan model Rasulullah SAW, menghidupkan sunnah dalam keluarga, amalan masjid Nabi SAW, bina insan, pembangunan kepimpinan, komunikasi berkesan, pasukan kerja, pengurusan stress, teknik belajar berkesan dan hubungan kemanusiaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber Biodata: Salam.My

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*