Elakkan Kalau Tak Nak Muka Rosak, 12 Kesalahan Ini Yang Selalu Dilakukan Ketika Mencuci Muka.

Anda tentu pening memikirkan wajah yang kusam dan berjerawat kan? Padahal rasanya anda dah cuci muka setiap hari.

Tetapi, cuba anda fikirkan sama ada anda mencuci wajah dengan cara yang tepat atau tidak. Sebenarnya, kesalahan mencuci wajah boleh menyebabkan kulit bermasalah serta merosakkan kulit.

1. Cuci muka dengan tapak tangan yang kotor.

Jika kamu membersihkan wajah tanpa membersihkan telapak tangan terlebih dahulu, sama saja anda sedang memindahkan semua kotoran dan bakteri yang ada di telapak tangan ke wajah. Maka pastikan untuk membersihkan telapak tangan terlebih dahulu sebelum membersihkan wajah ya.

2. Memakai produk yang tidak sesuai dengan kulit wajah.

Pemilihan produk yang sembarangan dan tidak sesuai dapat menimbulkan masalah kulit wajah seperti minyak berlebih, flek hitam, jerawat, dan lain sebagainya.

Oleh kerana itu, anda harus mengenali jenis kulit dengan baik baru  mencari produk cuci wajah yang sesuai dengan  kulit wajah. Pembersih muka yang baik adalah pembersih yang dapat menghilangkan sisa solekan, debu yang melekat, dan menghilangkan kotoran pada wajah. Inilah kesalahan saat mencuci muka pakai sabun dengan sembarangan.

3. Menggunakan suhu air yang salah.

Sebagian besar anda menggunakan air panas untuk membuka pori-pori dan air dingin untuk menutup pori-pori. Namun, sebenarnya pori-pori tidak memiliki otot untuk membuka dan menutup sehingga tidak perlu melakukan hal ini denga menggunakan air panas,  dapat membuat kulit muka iritasi dan kering. Tinggalkanlah kebiasaan ini dan gantilah dengan cara mencuci wajah yang benar iaitu menggantikan air dingin dengan air hangat agar lebih sesuai untuk kulit wajah.

4. Terlalu kerap mencuci muka atau cuci muka hanya sekali sehari.

Manfaat cuci muka yang dapat membersihkan kotoran dari wajah membuat beberapa anda sering melakukan cuci muka, malah lebih dari tiga kali. Sebaiknya cuci muka dilakukan cukup 2 kali saja setiap harinya, iaitu pada pagi dan malam hari. Melakukan pencucian wajah terlalu kerap dapat menipiskan kulit wajah.

5. Asyik melakukan skrub pada wajah.

Skrub wajah dilakukan sekitar satu hingga tiga kali seminggu. Jangan melakukan hal ini secara berlebih dan sembarangan menggosok skrub kerana dapat membuat kulit iritasi, nipis, infeksi dan kering. Tabiat ini dapat menyebabkan jerawat pada kulit wajah.

6. Membilas wajah dengan terburu-buru.

Membilas wajah secara terburu-buru, ini tidak akan efektif dalam menghilangkan minyak dan kotoran yang ada pada wajah. Agar kulit wajah tetap cantik, luangkan waktu minima dua minit untuk mencuci wajah dengan betul. Berikan urutan lembut pada bahagian dahi dan hidung yang biasanya lebih banyak memproduksi minyak.

7. Memakai produk yang mengandungi bahan kimia.

Berwaspada dengan produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia harus  agar tidak salah dalam memilih produk cuci muka. Lihatlah dahilu kandungan dari produk tersebut apakah kandungannya selamat dari bahan pewarna, wangian, dan kimia. Hindari pemilihan dengan kandungan pH yang tinggi, sodium lauril sulfat atau SLS. Kedua bahan ini dapat berisiko untuk terjadinya iritasi dan reaksi alergi pada kulit wajah.

8. Tidak memakai face oil.

Ahli dermatologis dan kecantikan menjelaskan bahawa minyak begitu sesuai dengan semua jenis kulit dan umumnya, minyak akan larut jika bertemu sesama minyak.Oleh kerana itu, dengan adanya minyak ini akan memecah bakteria dan kotoran penyebab jerawat yang sering timbul pada wajah berminyak. Selain itu, kelembapan kulit juga akan terjaga sehingga akan terjadi keseimbangan kadar pH pada kulit wajah.

9. Apabila memakai masker, anda menggosok muka dengan terlalu kuat.

Semua jenis kulit haruslah berhati-hati dalam mengaplikasikan masker, pembersih ataupun skrub. Menggosok kulit wajah sebarangan atau terlalu kuat dapat menarik kulit. Oleh kerana itu, janganlah menggosok kulit wajah dengan kuat dalam keadaan kulit kering kerana dapat mempengaruhi ketegangan kulit wajah. Tunggulah wajah mengering sendiri setelah mencuci muka atau anda boleh menepuk-nepuknya sahaja dengan kain bersih.

10. Produk mahal tidak semestinya elok untuk kulit. Ketahui kondisi kulit anda terlebih dahulu sebelum membeli produk penjagaan wajah.

Banyak orang yang mengatakan bahwa produk mahal akan lebih kesan yang baik. Namun, jangan hanya berburu produk cuci muka yang mahal atau berjenama untuk hanya membersihkan wajah secara maksimak. Sebenarnya, pemilihan produk cuci muka ini tidak perlu mahal.

Lebih baik jika anda memilih produk kecantikan sesuai dengan keadaan kulit wajah dan keperluannya. Boleh juga menggunakan pembersih  dengan bahan alami dan kandungan yang bermanfat dalam jangka panjang, seperti moisturizer dan serum vitamin.

11. Mencuci wajah tanpa membersihkan solekan terlebih dahulu.

Jika anda masih menggunakan solekan pada wajah seharian, maka anda harus membersihkannya. Namun tidak sedikit dari kita yang keliru dengan tahapan dalam membersihkan wajah yang sedang menggunakan solekan.

Sebelum mencuci muka, anda harus menghapus solekan terlebih dahulu dengan pembersih  atau make up removal. Membersihkan dengan make up removal akan membantu kita untuk membeshikan solekan yang menempel pada pori-pori kulit wajah.

12. Menggunakan tuala yang kasar boleh menyebabkan wajah kerengsaan.

Setelah membersihkan wajah jangan menggunakan tuala dengan bahan yang kasar, hal ini boleh mengakibatkan wajah kegatalan. Gunakan tuala khusus untuk wajah yang berbahan lembut.

Setelah mengetahui 12 kesalahan mencuci muka jadi lihat balik adakah cara anda selama ini sudah betul atau salah. Jika salah, harus ubah kebiasaan kesalahan yang sering dilakukan menjadi cara yang betul.

SUMBER: hariangadis.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*