Hasnah Jidin ‘Syurga’ Fizo Omar; Ini Pengakuan Fizo

PELAKON Fizo Omar menyifatkan keberkatan rezeki dan kebahagiaan yang dikecapinya selama ini adalah berkat daripada doa dan restu ibunya, Hasnah Jidin.

Mengakui dirinya ‘anak emak’ sepertimana dakw4an segelintir pihak, kata Fizo dia melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan arw4h bapanya untuk menjaga dan menyantuni ibu serta keluarganya.

“Definisi yang saya faham tentang istilah ‘anak emak’ ialah anak yang menunaikan tanggungjawab terhadap ibunya.

“Saya datang ke Kuala Lumpur pun tinggal berdua dengan ibu saya.

“Setelah apa yang saya lalui dalam hidup, saya akui saya memang anak emak dan bukan sejak berkahwin dengan Mawar tetapi sejak menjadi artis lagi.

“Malah kalau ada isteri sekalipun, dia perlu faham tanggungjawab saya sebagai anak lelaki yang perlu mengutamakan ibu saya,” kata Fizo ketika ditemui di kediamannya di Bangi, Selangor pada Jumaat.

“Jadi, hubungan saya dengan ibu takkan berakhir sampai bila-bila. Dia satu-satunya syurga saya dan saya bersyukur masih berpeluang untuk mem3luk dan menc1um ibu saya setiap hari. Itulah punca rezeki saya, tak salah pun.

Dalam pertemuan singkat itu juga, Fizo berkesempatan untuk membuat kejutan buat ibunya sempena hari jadi Fizo sendiri pada hari ini.

“Setiap tahun saya akan memberikan hadiah kepada ibu saya dan tahun ini dia menyatakan keinginan untuk membeli kerusi urut baharu.

“Kemudian saya berpakat dengan pasukan saya untuk membuat ‘prank’ kononnya dia terbeli kerusi urut baru dan perlu membayar RM20,000.

“Apa yang menyedihkan apabila dia sendiri mengumpul duit untuk membeli kerusi urut baru.

“Tak sangka pula ‘prank’ ini sampai membuatkan dia menangis. Hadiah ini sebagai tanda terima kasih pada ibu saya,” tambah Fizo.

Fizo meraikan ulang tahun kelahiran ke-34 pada Jumaat (19 Julai 2019) disamping kehadiran anak tersayang, Wan Maryam, 2.

“Mawar ada mengirimkan ucapan hari jadi buat saya dan hubungan kami masih baik. Tidak ada kekurangan cuma mungkin berbeza sedikit, kembali ke kehidupan dahulu seperti sebelum saya mendirikan rumah tangga,” ujar Fizo lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*