Ingatkan Anak Pegang Pinggang, Rupa-Rupanya Pak Belang – Kecoh Satu Malaysia

“SAYA ingatkan anak yang pegang pinggang saya… tapi rupanya ‘kerja’ harimau,” cerita Mohd Harun, 61 mengenai harimau belang yang menjilat pinggangnya.

Tukang rumah ini merasakan nyaw4nya bagaikan di hujung tanduk apabila didekati dua ekor harimau belang dalam kejadian di Kampung Besol Lama, Bukit Besi, di Dungun, Terengganu pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, bukan seekor tetapi sepasang pak belang ini dilihat berkeliaran di kampung itu sekali gus menggemp4rkan penduduk kampung.

Kedua-dua ekor haiwan terbabit juga dilihat seperti dalam keadaan lapar dengan keadaan badan yang agak kurus.

Walaupun dilihat seperti jinak, namun kedua-dua ekor raja rimba yang merayau-rayau di sekitar kawasan kediaman penduduk dan di jalan raya kampung itu juga sebenarnya agres1f apabila mengejar penunggang motosikal dan penduduk yang berada di luar rumah.

“Terk3jut besar saya bila tengok pak belang ada tepi saya… tak fikir apa dah, terus saya lari sekuat hati masuk dalam rumah.

Cerita Mohd lagi, ketika kejadian dia sedang membaiki kawasan rumahnya bersama seorang anak lelakinya yang berusia 22 tahun sebelum salah seekor haiwan liar terbabit menjilat pinggangnya.

“Bila rasa lain macam kat pinggang, saya terasa nak tepuk dahi dia sebab nak4l usik-usik saya, tapi… rasa pel1k pula objek yang saya tepuk tu… berbulu.

“Lepas beberapa minit, saya intai keluar. Saya agak mesti harimau tu dah pergi.

“Buka pintu… rasa nak pengs4n sebab ada lagi seekor. Macam tak percaya pun ada. Sebab harimau yang saya tepuk tu macam besar sikit, tapi yang ada kat depan tu kecik pulak badannya,” katanya.

Tidak tahu apa yang harus dibuat, Mohd terus berlari sambil menjer1t sekuat hati meminta tolong.

“Saya lari tanpa arah. Saya nampak sungai, terus terjun. Luk4 sikit dahi saya, tak perasan terkena apa, mungkin masa terjun sungai,” katanya.

Mohd berkata, sejak kampung itu dibuka sekitar 60 tahun dulu, inilah kejadian kali pertama ‘dikunjungi’ dua ekor pak belang.

Sementara itu, peniaga kedai runcit, Jamilah Hamzah, 45, pula berkata, ketika kejadian dia berada di rumah bersama anak lelakinya yang berumur 7 tahun sebelum terdengar bunyi bising.

“Tak sangka betul saya, dua ekor harimau tu ada kat tepi jalan raya.

“Saya keluar nak tengok kenapa bising sangat.

“Saya betul-betul terkejut dan pan1k… terus lari masuk ke dalam kedai runcit saya yang bersambung dengan rumah.

“Dahlah t4kut, telefon suami pulak, tiba-tiba pula tak ada ‘line’,” ceritanya.

“Menggigil-gigil saya tutup semua pintu kedai… saya berdoa agar haiwan itu tak datang dekat dengan saya.

Cuba dan terus mencuba mencari ‘line’, akhirnya Jamilah dapat berhubung dengan suaminya dan meminta maklumkan kejadian itu untuk mendapatkan bantuan.

Jamilah bersyukur kerana kedua-dua pak belang itu tidak datang ke kedainya, namun mengakui masih terk3jut dan tr4uma dengan kejadian yang kali pertama dialaminya itu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perlihitan) Terengganu, Dr Abdul Malik Mohd Yusuf berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk kampung berhubung kejadian itu pada jam 11.30 pagi.

“Harimau itu tidak lari ketika didekati kenderaan tetapi kita masih tidak dapat pastikan sama ada ia jinak atau tidak.

Menurutnya, kakitangan Perlihitan segera dikerah ke lokasi kejadian untuk melakukan usaha men4ngkap haiwan liar itu sejurus menerima aduan mengenainya.

“Sekarang kita sedang lakukan usaha untuk men4ngkap harimau belang terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Kata Abdul Malik, pihaknya setakat ini juga masih belum dapat mengenal pasti dari mana harimau belang itu datang dan s1asatan lanjut tentang kejadian itu sedang dilakukan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*