Ded4h Kisah Peribadi Di Instagram, Isteri Sultan Kelantan Luahkan

Jika beberapa hari lepas, Isteri Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Rihana Oksana Petra menceritakan detik indah dilamar Sultan Muhammad V, semalam Oksana berkongsikan maklumat berkaitan dirinya dalam laman Instagram beliau

Mungkin menyedari masih ramai tidak mengetahui latar belakang beliau, Oksana terbuka mended4hkan beberapa perkara tentang dirinya termasuk memaklumkan hari lahirnya pada 10 Julai 1992.

Menurutnya, beliau dilahirkan di Astrakhan, Russia dan membesar serta bersekolah di Taganrog dalam daerah Rostov-on-don sebelum beliau pergi ke ‘Summer School’ di Universiti Oxford untuk belajar Bahasa Inggeris.

“Pada 2009 saya berpindah ke Moscow dan menjadi pelajar di Plekhanov Russian University of Economics. Saya mendapat Ijazah Sarjana Muda ekonomi pada tahun 2013. Pada tahun 2015, saya memenangi pertandingan Miss Moscow.

“Tidak lama kemudian, saya menceburi bidang industri fesyen. Saya mencipta jenama pakaian renang saya sendiri. Pada masa sama, saya belajar di Moscow School of Radio and Television.

Pada tahun 2016, saya telah dianugerahkan Ijazah Sarjana dalam Pengurusan,” tulis beliau dalam laman sosialnya.

Tambah Oksana, beliau juga merupakan pakar dalam pemasaran antarabangsa dan pada tahun 2016 juga, beliau membuka salon kecantikan di Moscow.

“Pada tahun 2017 saya berpindah ke Kuala Lumpur. Saya berkahwin pada bulan Jun 2018 dan pada Mei 2019, saya melahirkan anak saya Ismail Leon, Tengku Mahkota Kelantan dan InsyaALLAH bakal Raja Kelantan,” katanya.

Oksana agak aktif dalam media sosial baru-baru dan beberapa hari lepas, beliau menceritakan lamaran Sultan Muhammad V dalam perkongsian terbaharu di laman Instagram miliknya.

Oksana tidak akan melupakan malam yang amat romantis apabila Sultan Muhammad V meluahkan perasaannya.

“Beliau memberitahu yang dia telah jatuh cinta kepada saya pada kali pertama kami bertemu.

“Dia juga memberitahu yang dia amat menyenangi dengan saya dan ingin saya menjadi suri hatinya. Maka, itulah permulaan cerita cinta kami.

Malaysia adalah tanah tumpah anak saya dan dengan adanya anak ini, saya tahu saya telah membuat pilihan yang amat tepat. Alhamdulillah,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*