“Jangan Memandai Nak Urut-Urut Sendiri” – Ibu Terk3jut Punca Perut S4kit

SETIAP ibu pasti berdepan kesukaran untuk memastikan sayur-sayuran hijau menjadi sebahagian amalan pemakanan sihat dalam kalangan anak-anak.

Rata-rata anak kecil khususnya, jangankan makan, ternampak ada ‘benda’ hijau dalam pinggan mereka pasti akan dikuis-kuis ke tepi makanan itu.

Namun usah pandang remeh pengambilan sayur-sayuran kerana tabiat tersebut boleh menjejaskan kesihatan anak-anak.

Menerusi posting Norhafiza Jamaludin, dia berkongsi kisah anak sulungnya, Hadhirah Eryna Nor Hisham, 11, yang kerap sak1t perut disebabkan naj1s terkumpul di dalam usus besarnya berpunca daripada kurang makan sayur-sayuran.

Menurut ibu empat anak itu, dia pada mulanya menjangka anak sulungnya itu sekadar sak1t perut akibat gastrik.

Hadhirah semasa menerima rawat4n di sebuah hospital swasta di Kota Bahru, Kelantan pada 10 Julai lalu.

“Kakak dalam setahun ni kerap sak1t perut, tak boleh tersal4h lapar sikit dan tak boleh tersal4h makan sikit. Tapi sebelum tu kami pergi klinik doktor diagnosis dia gastrik. Benda tu berulang kali jadi, kadang sebulan sekali, ada dua bulan sekali.

“Satu hari tu saya bubuh minyak panas dan urutlah perut dia sebab saya pun ingat gastrik. Bila dah keluar angin tu dia oklah. Tapi malam tu dia tak dapat tidur. Bila pagi tu pun dia kata sak1t lagi sampai jalan pun membongkok,” katanya.

Cem4s melihat keadaan anaknya itu, Norhafiza membawa anaknya itu ke sebuah hospital swasta di Kota Bahru, Kelantan kira-kira tengah hari 10 Julai lalu.

“Sampai saja di bahagian kecem4san doktor tanya history kakak. Saya beritahu dia kerap sak1t perut dah lebih kurang setahun.

“Kiranya sebelum saya bawa pergi hospital tu dah masuk hari kedua dia sak1t perut cuma sebelum ini bila selalu jadi begitu lepas sapu minyak panas dan urut dia dah ok,” katanya.

Namun Norhafiza terk3jut apabila dimaklumkan oleh doktor mengenai punca sebenar penyak1t dialami anaknya itu.

“Doktor tanya dan pegang perut kakak. Doktor cakap bukan gastrik ni… (gastrik ) mungkin ada tapi sebenarnya naj1s banyak berkumpul dalam usus besar sebab tu sak1t dia tak hilang.

Keputusan Xray mendapati naj1s penuh di saluran usus besar Hadhirah.

“Doktor pun tunjuk result xray abdomen. Saya sendiri terk3jut bila tengok ada satu saluran usus besar kakak penuh dengan naj1s. Ya Allah memang tak sangka langsung sebab saya hanya ingatkan dia gastrik selama ni,” katanya.

Norhafiza yang juga seorang peniaga dimaklumkan oleh doktor bahawa gej4la itu berpunca daripada faktor pemakanan.

“Doktor beritahu ramai budak peringkat umur 10 dan 11 tahun alami penyakit itu. Mereka buang air besar tapi tak lawas… tak keluar semua. Bila yang lama-lama tertinggal sikit-sikit, lama-lama usus besar tak boleh tampung.

“Doktor kata biasanya berpunca dari faktor pemakanan sebab biasalah budak-budak tak makan sayur. Memang kakak tak suka makan sayur dan saya sendiri pun terasa sebab saya pun kurang makan sayur,” katanya.

Susulan insiden itu, Norhafiza dinasihatkan doktor supaya mengawal pemakanan anak sulungnya itu.

“Doktor beritahu kena bagi kakak makan sayur. Kalau tak kena lebihkan buah dan pastikan dia minum banyak air masak. Sejak itu saya pun try  dengan beberapa jenis sayur yang dia suka.

Norhafiza kini lebih berhati-hati dengan pemakanan anak-anaknya.

“Kakak ni pula jenis memilih makanan. Dia makan sayur tertentu seperti lobak, bayam dan kubis tapi kalau pahit memang dia tak makan. Dia pun tak suka makan ikan tapi paling suka ayam.

“Sekarang kakak masih teruskan makan ubat untuk lembutkan naj1s sebab naj1s yang masih ada dalam usus tu perlu dikeluarkan. Tapi Alhamdulillah keadaan dia dah semakin ok berbanding tempoh hari,” katanya.

Pada masa sama, Norhafiza turut menasihati orang ramai supaya jangan memandang remeh masalah kesihatan anak-anak.

“Kalau anak beritahu sak1t tu kena cepat-cepat bawa pergi hospital. Kita tak boleh nak urut-urut sendiri kalau dah berlarutan dua tiga kali. Jangan jadi macam saya.

“Saya kes4l juga sebab anak dah kerap sak1t… sepatutnya saya pergi terus hospital. Biar doktor periksa tapi saya urut sebab ingatkan dia kembung perutlah, gastriklah dan sal4h makan.

“Kesian kakak kena mar4h. Rupa-rupanya sakit lain. Biarlah ins1den ini jadi peringatan kepada orang lain. Jangan pandang ringan gejala sak1t perut ini kerana anak anda mungkin ada simpt0m sama seperti dialami anak saya,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Limau Madu Press

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*